Hi! Welcome Back and Stay Tune! Portal SEBENARNYA.MY Kekang Penularan Berita Palsu Dalam Talian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Portal SEBENARNYA.MY Kekang Penularan Berita Palsu Dalam Talian

CYBERJAYA: Portal SEBENARNYA.MY, sebuah pusat sehenti yang dibangunkan bagi mengekang penularan berita-berita palsu dalam talian, membolehkan masyarakat menyemak kesahihan maklumat yang diterima.

Portal dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan itu dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini.

Menurut kenyataan SKMM, portal itu dibangunkan berikutan penularan berita palsu yang makin meruncing pada ketika ini dengan peningkatan jumlah pengguna internet khususnya media sosial.

Penularan berita palsu itu dilihat memberi kesan yang serius ke atas keharmonian dan keselamatan rakyat.

“Berbanding dengan portal berita lain di Malaysia, portal SEBENARNYA.MY memberi fokus kepada maklumat dan pengesahan berita palsu. Kandungan yang dimuat naik adalah berita yang melibatkan kepentingan awam dan negara,” kata SKMM.

Menurut SKMM, pihaknya akan mendapatkan pengesahan daripada agensi-agensui yang terlibat atau menyemak sebarang maklumat rasmi yang ada bagi mendapatkan maklumat yang terkini, tepat dan sahih.

“Kita akan bekerjasama dengan semua pihak khususnya daripada agensi kerajaan, dan daripada pengamal media yang berkredibiliti, bagi menepis berita palsu yang tersebar.

“Portal ini hanya memberi fokus kepada berita berkaitan Malaysia sahaja, yang melibatkan kepentingan awam dan negara dan tidak akan memuat naik semua berita yang ditularkan,” kata SKMM.

Sepanjang tahun lepas, sebanyak 4,333 aduan berkaitan penyalahgunaan media baharu diterima oleh SKMM, dan daripada jumlah itu, sebanyak 36 aduan adalah berkenaan penyebaran berita palsu.

Dalam pada itu, SKMM berkata pihaknya akan mewujudkan SEBENARNYA.MY di Facebook dalam menyebarluaskan kesedaran mengenai berita palsu kepada orang ramai.

“Orang perseorangan atau mana-mana pihak tidak boleh melaporkan kes berita palsu yang bersifat peribadi atau persendirian. Namun, individu tersebut boleh membuat aduan mengenai penyalahgunaan media baharu di Biro Aduan SKMM,” katanya.

Sebarang aduan boleh dibuat menerusi ruang ‘Laporkan Pada Kami’ di portal SEBENARNYA.MY di talian aduan: 1800-188-303 atau whatsapp kepada 016-2206262 atau emel ke aduanskmm@cmc.gov.my

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mFZ9Wi

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.