Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rojo Bakal Terima Padah Pijak Hazard - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rojo Bakal Terima Padah Pijak Hazard

PERTAHANAN Manchester United, Marcos Rojo. – Foto Reuters

LONDON: Pertahanan Manchester United, Marcos Rojo, berdepan tindakan daripada Persatuan Bola Sepak (FA) England selepas memijak perancang utama Chelsea, Eden Hazard, ketika aksi suku akhir Piala FA, awal pagi semalam.

Pemain berusia 26 tahun dari Argentina itu yang mengharungi aksi tegang dengan penyerang Chelsea, Diego Costa sepanjang perlawanan, dilihat menerusi rakaman video perlawanan memijak dada Hazard pada babak kedua yang menyaksikan The Blues menang 1-0 bagi menyingkirkan juara bertahan itu.

Terdahulu, United terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Ander Herrera dibuang padang pada babak pertama susulan mengasari Hazard selepas pengadil perlawanan, Michael Oliver memberi amaran kepada kapten United, Chris Smalling, kerana tidak boleh bersabar melihat bintang Belgium itu dikasari.

Bekas kapten England, Alan Shearer, berpendapat Rojo seharusnya dibuang padang.

“Jelas dia memijak. Ia tidak mengejutkan saya… dia seharusnya dibuang padang kerana tindakan itu,” kata Shearer yang menjadi pengulas kepada BBC pada perlawanan itu.

Bekas pemain England dan United, Phil Neville berasa Rojo berkemungkinan berdepan hukuman yang sama seperti dikenakan ke atas pertahanan Bournemouth, Tyrone Mings yang memijak penyerang The Red Devils, Zlatan Ibrahimovic dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal bulan ini.

Susulan kekasaran itu, Mings digantung lima perlawanan. – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mWK9Ft

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.