Hi! Welcome Back and Stay Tune! Impak Khir Rahman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Impak Khir Rahman

Aktres jelita, Siti Saleha, mula menceburi bidang seni seawal usia 12 tahun. Waktu itu dia banyak terbabit dengan iklan TV dan peragaan.

Bermula dari situ, minatnya untuk serius membina kerjaya sebagai pelakon mula berkembang dan peluang sebenar diperoleh sekitar 2008 menerusi drama 5 Jingga.

Antara drama lain turut dibintangi Saleha atau Siti Saleha Mohd Baharum di peringkat awal bergelar pelakon ialah Kasut Tumit Tinggi dan Kapten Boleh.

Adik penyanyi Sam Bunkface itu meniti kembara seni dengan melihat cara kerja pelakon senior, kerana baginya untuk berjaya dalam bidang seni, seseorang pelakon bukan hanya boleh bergantung pada bakat semata-mata, malah harus ada keinginan untuk sentiasa belajar.

Kata Saleha, dia tidak mempunyai idola spesifik dalam dunia lakonan kerana padanya semua pelakon pernah bekerja dengannya ada nilai bakat dan keunikan tersendiri.

Baginya, setiap pelakon yang dia pernah berlakon bersama diangkat sebagai idola dan turut menjadi penggerak pada kerjaya seninya. Setiap nasihat dan dorongan diterima daripada mereka itulah membuatkan dia kuat untuk meniti arus sebagai anak seni.

“Saya rasa mana-mana pelakon hebat selayaknya dijadikan idola. Saya sudah bekerja dengan ramai pelakon dan melihat lakonan mahupun cara mereka bekerja, ia membuatkan saya kagum.

“Dalam setiap projek, saya akan menganggap pelakon bergandingan dengan saya sebagai anak seni yang harus diberi perhatian. Kadangkala menerusi pemerhatian dan cara orang lain bekerja akan membuatkan kita sedar akan kelemahan diri,” katanya.

Menurutnya, semua perkara baik membabitkan lakonan harus dijadikan contoh. Setiap kejayaan yang dikecapi orang keliling yang bekerja dengannya boleh dijadikan pembakar semangat agar diri sendiri turut melakukan yang terbaik.

Saleha menjadikan aktor Khir Rahman sebagai salah seorang individu yang banyak memberikan kata-kata semangat dan sokongan dalam setiap perkara yang dia ingin lakukan membabitkan lakonan.

“Kalau ditanya siapa idola saya, ia soalan yang agak sukar untuk dijawab kerana semua pelakon saya anggap sebagai idola. Terlalu ramai kalau saya sebut seorang demi seorang.

“Tetapi, Khir Rahman adalah salah satu pelakon yang saya boleh katakan sebagai idola yang memberikan impak dalam kerjaya. Saya pernah bekerjasama dengannya. Banyak ilmu berkaitan lakonan telah dikongsikan dengan saya.

“Sebagai pelakon yang sudah lama berada dalam industri dan berhadapan dengan bermacam-macam dugaan, Khir banyak memberikan nasihat dan sokongan agar saya tidak mengehadkan bakat dimiliki,” katanya.

Semua pesanan daripada Khir Rahman disematkan dalam hati agar terus cekal bergelar anak seni. Apabila ada keraguan untuk berjinak-jinak dalam cabang seni lain, dia akan mengingatkan semula kata-kata semangat diberikan pelakon utama filem Rock Oo itu.

Pernah terbabit dalam teater Asrama-Ra All-Stars, Saleha turut menggunakan peluang untuk mengamati cara pelakon seangkatannya iaitu Nadiya Nisaa bekerja.

Disebabkan kurang terbabit dengan pementasan teater, pada peringkat awal Saleha berasa kurang yakin untuk bergandingan dengan barisan pelakon lain dalam Asrama-Ra All-Stars seperti Sharifah Amani, Sherry Alhadad, Amerul Effendi dan Zira Abu Zahar.

Namun, Nadiya yang tidak lokek ilmu memberikan tip dan meredakan kegusaran Saleha. Menilai dari sudut itu, sudah tentu pelakon utama drama popular 7 Hari Mencintaiku itu melihat aktres terbabit sebagai seseorang yang boleh dijadikan rujukan.

“Asrama-Ra All Stats adalah teater kedua saya. Sudah pasti ada rasa berdebar dan kurang keyakinan diri selepas mengetahui saya bergandingan dengan pelakon yang aktif dalam teater.

“Tetapi, Nadiya banyak memberikan kata-kata semangat. Dia juga memberikan tip dan membantu saya agar dapat merealisasikan karakter yang saya lakonkan dalam teater terbabit.

“Orang yang sentiasa menyebarkan aura positif adalah individu yang saya jadikan rujukan agar dapat mengendalikan kerjaya dengan baik. Setiap perkataan yang keluar daripada mulut mereka bukan hanya berguna dalam karier tetapi juga kehidupan,” katanya.

Saleha sudah bertunang dengan Lutfi Azhar pada 26 November lalu. Dalam kesibukan menjalani penggambaran, dia juga kini sibuk membuat persiapan hari pernikahan yang bakal berlangsung pada 28 Julai dan resepsi pada keesokan harinya.

Dia bersyukur kerana bakal suaminya menyokong penuh kerjayanya sebagai pelakon. Bagaimanapun, selepas bergelar isteri, Saleha membuat keputusan untuk lebih selektif dalam menerima tawaran kerana mahu meluangkan lebih banyak masa bersama suami.

The post Impak Khir Rahman appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oE4EEk

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.