Kami jadi lebih rapat
Membaca satu persatu cemuhan yang dibuat orang keliling membabitkan dakwaan kononnya pelakon Uqasha Senrose memberikan pengaruh buruk terhadap Fathia Latiff sejak mereka berkawan rapat, sedikit pun tidak memberi kesan kepada persahabatan yang sedia terjalin.
Tegas Fathia sewaktu dihubungi, isu ditimbulkan sedikit pun tidak mempengaruhi hubungan baik antara mereka berdua.
“Menariknya apabila lebih kerap orang bercakap buruk mengenai kami berdua, hubungan kami menjadi lebih rapat. Sebabnya antara saya dan Uqasha, kami lebih mengenali antara satu sama lain,” katanya.
Fathia juga tegas mempertahankan ikatan persahabatannya dengan Uqasha dan apabila perkara itu berlaku dia akui sangat sedih apabila ada pihak membuat andaian buruk hingga boleh merosakkan reputasi mereka berdua.
Tambah pelakon yang popular menerusi drama bersiri Ariana Rose itu, orang sesuka hati mengata dan mengutuk mereka seperti kedua-duanya tiada hati dan perasaan.
Realitinya, dakwa Fathia orang yang mengata itu langsung tidak pernah mahu mengenali hati budi rakan baiknya itu, jadi mereka tidak berhak untuk menyalahkan Uqasha.
“Saya berasa hairan bagaimana mereka boleh bercakap kononnya Uqasha mempengaruhi Fathia untuk buat perkara yang bukan-bukan. Sedangkan mereka tidak pernah kenal kami berdua.
“Orang yang membuat tuduhan terhadap Uqasha itu tidak tahu dia sebenarnya yang banyak pujuk saya untuk bersabar dalam berhadapan dengan perkara seperti ini.
“Masalahnya saya kasihankan Uqasha kerana dituduh begitu, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana disebabkan saya berkawan baik dengan dia, tidak pasal-pasal namanya diburukkan,” katanya.
Jelas Fathiai, ramai orang tidak tahu yang Uqasha memiliki hati yang baik dengan memberi contoh kakak kepada pelakon Nelydia Senrose itu pernah menasihatinya agar memohon maaf kepada orang yang dia pernah berbuat salah.
“Walaupun Uqasha lebih muda daripada saya tetapi dia matang. Bayangkan dia pernah cakap kepada saya yang dia tidak mahu saya menerima nasib sepertinya, dan dia risaukan saya,” katanya.
Sebagai kawan kata Fathia sudah tentu mereka banyak berkongsi dan meluah perasaan, tambahan pula apabila isu seperti ini timbul.
“Sejak kami berkawan rapat, saya dapat rasakan hatinya mulia, malah lebih mulia andai hendak dibandingkan dengan diri saya. Perangai dan sikap Uqasha itu sendiri cukup menyenangkan.
“Uqasha ini sopan dan dia tidak suka bercerita hal orang lain apatah lagi mahu mengata. Walaupun dia memiliki wajah cantik tetapi Uqasha tidak pernah berbangga dan jauh sekali hendak menunjuk-nunjuk. Paling penting apabila berkawan dia ikhlas dan menjadi diri sendiri,” katanya.
Sebagai kawan kata Fathia, ada beberapa sikap yang ada pada Uqasha yang membuatkan mereka boleh menjadi rapat dan terus bersahabat.
“Manusia tidak sempurna. Kita semua ada kelemahan, tetapi dalam ketidaksempurnaan itu ada perkara yang ada pada diri seseorang yang kita boleh ambil iktibar dan belajar daripadanya.
“Satu perkara yang saya belajar daripada Uqasha iaitu dalam usia muda dia berusaha untuk menjadi cekal. Dia kuat semangat. Tidak kira apa orang kata mengenai dirinya, dia tetap terus melangkah dan tidak mahu menoleh ke belakang. Sebagai kawan saya bangga dengan Uqasha kerana memiliki jiwa kental,” katanya.
The post Kami jadi lebih rapat appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oYACOT✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment