Isu Baju Dikecam: Neelofa Tak Kisah
Penampilan Neelofa pada Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME2017) baru-baru ini telah menjadi bualan hangat malah ramai yang keliru dengan pakaian yang digayakan Neelofa. Ada yang berpendapat, padanan T-Shirt dan skirt labuh itu nampak serba tidak kena.
Pada majlis berkenaan menjelaskan busana rekaan Fizi Woo yang bertemakan ‘young and chic’.
“Ketika saya menghadiri salah satu pertunjukan fesyen di Paris, ini adalah antara koleksi dari Dior.
“Saya memang sukakan baju ini kerana ia menepati apa yang saya mahukan.
“Saya tahu gabungan casual and glam belum ada yang buat sebab kita sudah biasa dihidangkan dengan busana yang lip lap (berkilauan) dan glamour.
“Jadi saya gayakan sesuatu yang unexpected dan saya terima apa sahaja orang komen.
“Apa yang penting, saya suka dan saya happy,” katanya seperti yang dilaporkan Media Hiburan.
Sebelum ini, busana yang pernah digayakan oleh Neelofa dikritik dalam dua pengajuran AME iaitu menerusi AME pertama yang diadakan pada tahun 2014.
Pengacara dan pelakon ini pada ketika itu mengenakan jump suit rona merah jambu disamakan dengan karakter adiwira Power Rangers dan gaun kedua yang digayakan pada majlis sama gaun neon hijau turut disamakan dengan karakter Cell dalam siri Dragon Ball.
Kemudian pada AME 2015, pakaian Neelofa sekali lagi dikritik apabila ada sesetengah pihak menyamakan busana rekaan Fizi Woo ini diinspirasikan daripada sotong.
Fizi Woo bagaimanapun dalam satu temubual menjelaskan busana tersebut diinspirasikan elemen bunga ros dan bahan daripada kain Crenoline yang biasa digunakan oleh jenama terkenal Vera Wang dan Elie Saab International.
Menerusi AME2017, Neelofa telah bergandingan bersama Nabil dan Johan mengendalikan tahun keempat anugerah berprestij itu. Neelofa turut diumumkan sebagai pemenang Hos MeleTOP dan Program MeleTOP serta memenangi kategori utama iaitu Top Top MeleTOP (Wanita).
The post Isu Baju Dikecam: Neelofa Tak Kisah appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pwrv9A✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment