Media perlu beri kritikan membina bantu perkhidmatan awam
Beliau berkata media memainkan peranan penting dalam memberi pujian atas kejayaan-kejayaan kerajaan serta adakalanya memberi teguran terhadap usaha kerajaan.
Katanya kerajaan bukan mengharapkan pujian daripada media setiap hari kerana pujian-pujian itu akan menjadikan perkhidmatan awam berada dalam zon selesa dan leka.
"Kita memerlukan media memantau perjalanan pelaksanaan sistem perkhidmatan awam kepada rakyat. Media adalah mata untuk kerajaan."Oleh itu, kita galakkan media memberi kritikan membina," katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Ketua Setiausaha Negara Bersama Media 2017 di sini pada Selasa.
Ali berkata soal persepsi amat penting dan pihak media perlu membantu kerajaan memberi gambaran jelas kepada rakyat mengenai dasar-dasar dan program kerajaan.
Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Zainal Rahim Seman dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad. -- BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2q4GCXJ✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment