Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ruhainies Tunggu Hidayah Datang Sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ruhainies Tunggu Hidayah Datang Sendiri

Berbicara mengenai perubahan, aktres bertubuh genit iaitu Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas atau lebih mesra dengan panggilan Ruhainies, memberitahu yang dirinya belum bersedia lagi untuk menutup aurat walaupun sudah pun mengerjakan ibadah umrah pada bulan Februari lalu.

“Perancangan untuk mengerjakan ibadah umrah itu dah lama dan memang nak bawa kedua orang.  Kebetulan saya pula akan menjalani penggambaran untuk sebuah drama stesen televisyen, jadi saya bawa mereka bersama. Tetapi mereka berangkat dulu, saya kemudian bersama krew produksi.

“Fasal tutup aurat pakai tudung ini, saya tak mahu paksa diri dan biarlah hidayah tu datang sendiri dan saya terbuka untuk menerimanya,” ujarnya.

Buatlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.  Jika dilihat penampilan Ruhainies buat masa ini tidaklah menjolok mata sangat kan? Takut pula hari ini berjinak dan belajar pakai tudung, esok hari terlupa pakai netizen nampak, terus viral, dikecam pula.

Usah pandang jauh, sebelum Ruhainies pergi mengerjakan ibadah umrah, dia juga terlebih awal sudah menerima kecaman daripada netizen gara-gara memuat naik video kemesraan berpeluk dan dicium oleh adiknya sendiri yang bernama Nul Aiman.

Walau bagaimanapun, Ruhainies tidak mudah melatah dan menyifatkan kemesraan antara dia dan adiknya itu adalah perkara normal dan tidak menyangka bahawa video tersebut boleh viral di laman sosial.

Andai you all memang suka dan mahu melihat aktres comel ini bertudung dan menutup aurat, ayuh sama-samalah kita doakan semoga Ruhainies diberikan kesempatan untuk bertaubat. Iyalah, nak berubah ini bukan senang juga kan, namun dengan kata-kata semangat dan doa dari kalian pastinya akan membantu Ruhainies terbuka hati.

Buat Ruhainies sabar dan hadap sajalah kecaman dan kritikan netizen yang tidak berpuas hati itu. Haters kan berada di mana-mana saja.

The post Ruhainies Tunggu Hidayah Datang Sendiri appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pwS7rc

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.