Hi! Welcome Back and Stay Tune! RunningMan Masih Tetap di Hati! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RunningMan Masih Tetap di Hati!

Seperi diketahui, sejak beberapa bulan lalu RunningMan menjadi bualan hangat netizen seglobal bermula dengan pengumuman mengejut Gary menarik diri, isu penyingkiran Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo yang terus membawa kepada berita yang lebih menyedihkan apabila program realiti nombor satu Korea ini diumumkan bubar (sekejap).

Kemudian program yang sudah wujud sejak tujuh tahun lalu ini diterbitkan semula namun rating dan sambutannya dilaporkan merundum dan terkini Kang Gary ‘menghilang diri’ selepas membuat pengumuman mengejut di laman sosial Instagramnya mengesahkan dirinya sudah berkahwin.

Biarpun dilanda pelbagai kontroversi sehingga memberi kesan rating siaran program realiti nombor satu Korea ini merundum namun keterujaan peminat di tanah air untuk menyaksikan penampilan secara langsung barisan hos kegemaran ramai ini masih hangat. Mereka masih jadi kegilaan.

Pada Sabtu lalu, menerusi acara Running Man 2017 Live in Malaysia, Kim Jong-kook, HaHa, Song Ji-hyo, Ji Suk-jin tak ketinggalan hos yang sinonim dengan jolokan “Prince of Asia” dan “girin” (zirafah), Lee Kwang Soo, menghiburkan lebih kurang 3000 penonton, bertempat di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa The Mines, Seri Kembangan.

Ini merupakan kali kedua RunningMan bersua dengan peminat Malaysia selepas kali terakhir mereka berkunjung ke sini sempena Running Man Race Start Season 2 in Malaysia, yang diadakan di Stadium Negara, pada tahun 2014.

Kira-kira jam 6.15 petang, persembahan dimulakan dengan persembahan daripada lima bintang ini mempamerkan aksi tarian mereka berlatarkan lagu cover, Fantastic Baby (BigBang). Suasana begitu gamat dengan sorakan penonton apabila masing-masing bersungguh-sungguh memperlihatkan gaya dan lagak seolah-olah mereka adalah BigBang.

Restu Gary
Dalam pada itu, RunningMan meluahkan rasa terharu serta penghargaan mereka sambutan hangat peminat yang masih setia menyokong mereka meskipun timbul pelbagai isu yang tercetus.

“Kami gembira dapat kembali semula ke sini. Terima kasih kerana terus menyokong kami selama ini dan kami akan berusaha untuk terus menghiburkan kamu semua,” kata Kim Jong Kong ketika sesi beriteraksi dengan peminat.

“Ya, apabila bercakap tentang Malaysia, satu yang saya tidak boleh lupa ialah tentang makanan di sini seperti sate, yang sangat enak,” kata Ji Suk Jin bersungguh-sungguh.

Tidak hanya berkongsi kegembiraan dapat bertemu semula dengan peminat, RunningMan terbuka berkongsi perasaan mereka sekaligus mengulas mengenai kontroversi perkahwinan Gary.

“Gary yang kami kenal adalah seorang yang unik. Kami sayang beliau dan kami merestuinya,” kata Haha tatkala diminta mengulas tentang sahabatnya itu.

Song Ji Hyo pula berkata, “Saya terkejut dan sedih apabila mendapat khabar yang sangat mengejut tentang prkahwinananya. Tetapi kami semua merestui dan gembira untuknya,”tutur hos yang paling rapat dengan Gary dan mereka sinonim dengan gelaran ‘Monday Couple’.

Sejurus itu, suasana kembali rancak dengan sesi permainan interaktif bersama peminat bertuah. Seramai 10 peminat dipilih untuk menyertai RunningMan bermain game iaitu parodi sedutan babak drama Korea dan permainan lompat tali secara berpasangan.

Selain itu, RunningMan secara bergilir muncul dengan persembahan solo. Impresif, masing-masing mempamerkan aksi menari dan bakat menyanyi secara live.

KwangSoo mencuri tumpuan tatkala menyampaikan lagu berjudul That Women (lagu runut bunyi drama popular, Secret Garden). Seok Jin juga mempamerkan vokal yang baik menerusi lagu You Are My Everthing (drama Decendents of The Sun) dan All of Me (John Legend).

Sementara Ji Hyo memikat hati penonton dengan aksi parodi lagu nyanyian kumpulan Apink berjudul Mr. Chu. JongKook, berjaya menghiburkan penonton dengan mendendangkan lagu Bruno Mars berjudul Just The Way You Are dan lagu Love Yourself (Justin Bieber, dan lagu hitsnya sendiri berjudul One Man.

HaHa pula menghangatkan lagi suasana dengan persembahan lagu, Busan Vacance dan Champion (PSY). Seterusnya mereka berlima tampil menerusi lagu Fire, yang dipopularkan oleh kumpulan sensasi masa kini, BTS.

Hampir tiga jam berlangsung, sesekali dewan bergema dengan sorakkan dan gelak tawa penonton apabila RunningMan dengan lagak bersahaja melakukan aksi lucu dan mencuit hati. Acara anjuran oleh Eighty Nine Event turut menampilkan lagi persembahan dua artis undang yang juga diterbangkan khas dari Korea, Skull dan Se7en serta artis Taiwan, Victor Wong.

 Kuala Lumpur adalah lokasi terakhir bagi siri jelajah Asia Running Man 2017 yang sebelum ini singgah di negara Taiwan, Macau, Hong Kong dan Thailand.

The post RunningMan Masih Tetap di Hati! appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2qbXesO

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.