Rupanya WANITA Tertua Di DUNIA Ada Di Malaysia. Ini AMALAN Dari Tok Puan Yang Berusia 121 Tahun Untuk Hidup Lama Dan Sihat..
Puan binti Ahmad, direkodkan sebagai wanita tertua dalam negara kita dengan usia 121 tahun.
Usianya lebih empat tahun daripada wanita tertua di dunia tetapi atas beberapa kesalahan teknikal, usia beliau tidak tidak diiktiraf.
Beliau yang berasal daripada Kuala Nerang, Kedah, mempunyai kad pengenalan bernombor 960412 tetapi nombor 96 bermaksud tahun 1896.
Wow! Jika anda mampu hidup sehingga 100 tahun, apakah yang anda ingin lakukan?
Beliau yang dilahirkan pada 12 April 1896 mempunyai empat anak, 19 cucu dan, 60 cicit.
Keempat-empat anaknya juga akan mengambil giliran bagi menjaga beliau.
Untung Tok Puan, hidup lama masih dapat menikmati waktu bersama semua anak-anak dan cucu-cucunya.
Bercakap mengenai tips panjang umur, Tok Puan tidak mempunyai amalan yang khusus tetapi banyak memakan sayur-sayuran mentah sahaja.
Amalan ini bukan sahaja memanjangkan umurnya malah pendengaran dan pergerakannya masih dalam keadaan baik kecuali penglihatannya yang kabur.
Menariknya, Tok Puan masih boleh masak sendiri dan membancuh kopi setiap pagi.
Sebelum ini, Tok Puan pernah menjadi popular selepas laporan daripada Sinar Harian pada tahun 2012 mengenai masalah nombor kad pengenalannya.
Akibat masalah itu, beliau juga gagal mendapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tetapi kini telah berjaya mendapatkannya atas bantuan kerajaan.
Sumber: Era Baru
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oI6jsh✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment