Hi! Welcome Back and Stay Tune! Seram! Kepala Pontianak Dalam Balang Kaca Jadi Viral - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Seram! Kepala Pontianak Dalam Balang Kaca Jadi Viral


Sejak beberapa hari lepas, heboh di aplikasi WhatsApp membicarakan tentang beberapa keping gambar yang dipercayai kepala hantu pontianak.

Di dalam gambar yang tular itu, kelihatan kepala pontianak itu telah dipenggal, dipaku dan disimpan dalam sebuah balang kaca yang tertutup.

Tidak dijelaskan pula sama ada Pontianak dalam balang yang dijual itu untuk tujuan ilmu hitam atau hanya sekadar "patung seram" untuk dijadikan koleksi buat peminat alam mistik.

Yang pasti, amat sukar untuk dipercayai tentang kewujudan hantu pontianak ini dan ia sangat menyeramkan. 

Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, Pontianak atau Kuntilanak adalah hantu yang suka berjalan seorang diri di jalan yang gelap dan sunyi. Ada juga yang mendakwa Pontianak adalah roh-roh wanita yang mati ketika hamil dan hanya mengganggu kaum lelaki sahaja.

Dipercayai lagi, jika ada jejaka yang terserempak dengan Pontianak dalam jelmaan wanita dan berjaya memasukkan paku ke bahagian belakang tengkuknya, pontianak tersebut akan bertukar menjadi wanita cantik dan boleh dikahwini. Tetapi sekiranya paku itu dikeluarkan, ia akan kembali menjadi pontianak.

Kisah-kisah seram tentang hantu Pontianak telah banyak difilemkan di Malaysia dan juga Indonesia. Tidak kurang juga yang menjadikan kisah Pontianak untuk tujuan iklan komersial.

Apapun, sebagai umat Islam kita dilarang sama sekali memohon pertolongan hantu atau jin sehingga sanggup melakukan perkara-perkara yang mendatangkan Syirik.

Ingat! Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.

Koleksi video viral edisi 2017


Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oIvps8

✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.