Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syamel Terkejut Suara Sendiri Sumbang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syamel Terkejut Suara Sendiri Sumbang

Penyanyi Syamel tidak menyalahkan netizen yang mengkritik nyanyiannya sumbang dan tidak mengikut tempo ketika mengadakan persembahan pada acara karpet merah Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME2017) pada malam Ahad lalu.

Ini kerana kata Syamel, dia sendiri terkejut ketika menonton siaran ulangan acara itu dan tidak menyangka persembahannya itu kelihatan sumbang apabila ditonton menerusi televisyen.
“Saya tidak pasti apa yang berlaku tetapi apabila saya menonton sendiri persembahan saya di televisyen ia memang ke ‘laut’.

“Wahal semasa menyanyi secara langsung rasanya tiada sebarang masalah malah nada nyanyian saya juga baik dan mengikut tempo.

“Malah saya hadir sesi latihan sebagai mempersiapkan diri selain untuk memastikan tidak akan timbul masalah,” katanya.

Kata Syamel, pada mulanya dia terkejut menjadi sasaran netizen kerana ketika dia menyanyikan lagu secara langsung, tidak sebarang masalah timbul.

Bagaimanapun kata Syamel nyanyiannya kedengaran sumbang di televisyen mungkin disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

“Apa yang saya perhatikan penonton yang berada di karpet merah semua menyanyi bersama dan tiada pula beritahu saya menyanyi sumbang.

“Saya sendiri tidak pasti mengapa dalam televisyen nyanyian saya sumbang dan ia mungkin kerana masalah teknikal,” jelasnya.

Sementara itu, Syamel berkata, penonton meluahkan perasaan tidak puas hati mungkin kerana lagu tema AME2017 yang dinyanyikannya itu disukai ramai.

The post Syamel Terkejut Suara Sendiri Sumbang appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oJJEfY

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.