Uber Merancang Untuk Menguji Kereta Terbang Dalam Tempoh 3 Tahun
Uber Technologies yang sedia popular sebagai aplikasi untuk membuat tempahan pengangkutan ke destinasi, kini turut merancang untuk mengoperasikan rangkaian kereta terbang. Berkongsi hari ini, mereka menyasarkan untuk menguji kenderaan boleh terbang di Dubai dan Dallas menjelang 2020 kelak.
Untuk tujuan ini, Uber akan bekerjasama dengan syarikat pengeluar kenderaan terbang dan juga hartanah, termasuk rangkaian pengecasan elektrik.
Uber sebelum ini sedia berkongsi perancangan mereka melihat ke arena kereta terbang sebelum ini, malah telah mengambil jurutera dari NASA untuk membangunkan inisiatif mereka yang dinamakan sebagai Uber Elevate.
Melalui Uber Elevate, ia dijangka akan mengurangkan kesesakkan pada jalan raya, disamping menjadikan tempoh perjalanan lebih singkat, termasuk memudahkan pengguna ke sesuatu lokasi dengan mudah.
Uber hari ini mengumumkan mereka akan bekerjasama dengan sejumlah syarikat untuk membangunkan kenderaan elektrik boleh terbang, selain turut bekerjasama dengan syarikat hartanah untuk menyediakan kawasan mendarat dan berangkat.
Perkembangan ini selari dengan sejumlah syarikat lain yang turut melihat kepada arena sama. Minggu ini menyaksikan Kitty Hawk memperlihatkan produk mereka, selain mana kita telah melihat Dubai bekerjasama dengan syarikat dron untuk membawa pengguna ke lokasi.
Dengan perkembangan ini, kita mungkin akan melihat bandar berteknologi seperti mana yang ramai mimpikan melalui Wawasan 2020.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2q1OiHx✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment