Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video: Ibu Jadi "Setan" Hempuk Anak Kecil Hingga Terpelanting Dalam Pasaraya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video: Ibu Jadi "Setan" Hempuk Anak Kecil Hingga Terpelanting Dalam Pasaraya


SEORANG kanak-kanak perempuan dihempuk dengan tas tangan oleh ibunya gara-gara kesalahan kecil menghilangkan sebungkus coklat yang dibeli.

Video itu dipercayai dirakam di sebuah pasar raya di Thailand berdasarkan pada suara yang kedengaran dalam rakaman tersebut.

Namun lokasi dan masa kejadian tidak dinyatakan secara terperinci oleh pentadbir laman Facebook yang berkongsi klip tersebut.

Di dalam video itu si ibu dilihat tegar memukul anak perempuannya dengan tas tangan dibawanya sehingga kanak-kanak itu terpelanting dan terjerupuk di atas lantai premis tersebut.

Wanita itu juga dilihat mundar-mandir mencari coklat yang hilang sambil membebel memarahi anaknya itu, malah kedengaran si kecil itu menyebut perkataan ‘Milo’.


Rata-rata orang awam yang berada di situ tidak berani untuk campur tangan dan hanya memandang sepi wanita itu memperlakukan kanak-kanak itu sebegitu.

Video berkenaan ditonton lebih 16,000 sejak ia dimuat naik dan rata-rata netizen bengang dengan perlakuan wanita itu yang sanggup bertindak kasar terhadap anaknya sendiri.

Sumber: MYNEWSHUB.CC
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2q5PcFA

✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.