Viral video di media sosial China seorang ibu yang berang memukul dua guru tadika yang didapati mengasari anaknya
Viral video di media sosial China seorang ibu yang berang memukul dua guru tadika yang didapati mengasari anaknya, lapor Shanghaiist.
Difahamkan, salah seorang kanak-kanak yang dihantar ke tadika swasta dengan bayaran mahal setiap bulan mengadu kepada ibunya bahawa dia dipukul oleh guru tadika. Tanpa banyak bicara, ibu kanak-kanak berkenaan terus datang ke tadika itu dan meminta untuk ditunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Berdasarkan rakaman CCTV mendapati, dua guru wanita dirakam mencampak seorang kanak-kanak ke atas katil dan menyepak kerusi beberapa murid yang masih duduk ketika seorang guru sedang melakukan aktiviti ‘senaman’ bersama beberapa murid yang lain.
Gagal mengawal kemarahan, wanita itu kemudian menarik rambut salah seorang guru tadika terbabit dan menendang mukanya bagi tujuan membalas dendam.
Sementara itu di media sosial, kebanyakan netizen bersetuju si ibu tidak menendang guru terbabit dengan cukup kuat. – The Reporter
http://ift.tt/2oysF0d
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oJQUbT
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment