Hi! Welcome Back and Stay Tune! Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah

UNTUK makluman kepada pelajar yang mengambil PT3 2017, kini anda perlu menyiapkan tugasan Sejarah PT3 2017 berkaitan 'Peristiwa Bersejarah'. Pada tahun 2016, tugasan adalah berkaitan dengan bangunan bersejarah.

Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah

Berikut adalah dikongsikan soalan tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 yang bertajuk Peristiwa Bersejarah. Untuk tahun 2017,  pelajar PT3 Tingkatan 3 dikehendaki untuk membuat satu kajian tentang 'Peristiwa Bersejarah di Tempat Tinggal Anda'.

Petikan berikut menerangkan konsep peristiwa bersejarah:

Anda dikehendaki membuat kajian tentang satu peristiwa bersejarah di tempat tinggal anda. Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.


Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut :-

a) Tajuk Kajian
b) Nama Penulis
c) Isi Kandungan
d) Rumusan
e) Sumber Rujukan
f) Membentangkan Laporan Hasil Kajian

Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah

Langkah permulaan dalam membuat tugasan adalah dengan pelajar memilih peristiwa bersejarah yang ingin dikaji.

a) Tajuk Kajian (Mengikut kreativiti anda sendiri)

Diantara tajuk lain yang bersesuaian adalah seperti berikut :-

1-Peristiwa, bencana alam atau tragedi seperti tanah runtuh, banjir kilat, fenomena El-Nino, kemarau dan kemalangan maut yang meragut banyak nyawa.

2-Peristiwa bersejarah : Pembunuhan JWW Birch, Perang Larut

3-Peristiwa berlaku di sekolah seperti Hari Sukan, Minggu Kokurikulum, Hari Guru, Hari Anugerah Kecemerlangan, Hari Koperasi Sekolah

4-Penganjuran acara besar-besaran seperti Lumba basikal Le Tour De Langkawi, Sambutan Hari Kemerdekaan dan Festival Layang-Layang.

5-Acara, aktiviti, sambutan yang diadakan di kawasan tempat tinggal anda seperti festival, pertandingan, gotong-royong, pembinaan masjid, majlis perasmian dan kejohanan sukan. 

b) Nama Penulis (Nama anda)

c) Isi Kandungan

1-Pengenalan (menerangkan tentang latar belakang peristiwa bersejarah di tempat anda)

2-Menjelaskan faktor berlakunya peristiwa bersejarah

3-Menilai kesan/impak peristiwa bersejarah terhadap diri, masyarakat dan negara

4-Menjelaskan iktibar yang diperoleh dari peristiwa bersejarah

d) Rumusan (pengetahuan, nilai dan harapan)

e) Sumber Rujukan (sumber yang diperoleh seperti internet, buku, journal, majalah, orang sumber)

Semoga dapat membantu kepada calon PT3 2017 yang menjalankan kajian tentang peristiwa bersejarah!


✍ Sumber Pautan : ☕ TREASURES OF THE WORLD

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oVaL7a

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.