Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Dah sampai giliran, baru nak terkial-kial keluarkan kad ATM' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Dah sampai giliran, baru nak terkial-kial keluarkan kad ATM'



Adab di ATM

Dalam perjalanan ke tempat kerja hari ini, saya singgah di stesen minyak untuk mengeluarkan sisa-sisa tinggalan gaji bagi perbelanjaan seharian. Terdapat tiga buah ATM (Automatic Teller Machine) di situ dan masing-masing ada seorang pengguna di setiap ATM. Saya berbaris dan menunggu giliran.

Inilah saat yang saya bencikan, kesemua mereka mengambil masa yang cukup lama. Jadi di sini saya perturunkan sedikit adab di ATM terutama ketika waktu puncak.

1. Pastikan anda keluarkan kad ATM anda semasa berbaris, bukan apabila dah tiba giliran anda. Jangan masa itu baru terkial-kial nak cari di seluruh dompet dan segala poket.

2. Pastikan anda ingat nombor pin. Jika anda jenis pelupa, tulislah awal-awal di tangan atau kertas. Jangan pada masa itulah baharu nak telefon isteri atau suami tanya pin.

3. Pastikan anda sudah merancang berapa jumlah wang hendak dikeluarkan. Janganlah pada masa itu baru nak garu kepala dan telefon sana sini tanya berapa banyak nak dikeluarkan.

4. Jika anda perlu menyemak baki dan anda tahu baki anda sangat banyak jumlahnya, janganlah menunjuk sangat. Anda boleh mengundang jenayah ragut. Lagi satu, anda sebenarnya menyakitkan hati pengguna belakang yang duitnya tak cukup sampai hari gaji berikutnya.

5. Jika anda biasanya membuat segala pembayaran hutang melalui ATM, seeloknya carilah masa yang sesuai. Janganlah anda buat masa orang nak ke pejabat atau waktu rehat tengahari ketika semua orang mengejar masa.

6. Janganlah menggunakan telefon semasa berbaris dan mengeluarkan wang kerana ia mengganggu tumpuan dan merugikan masa orang lain yang memerhatikan anda yang terhegeh-hegeh memegang telefon berbual dan dalam masa sama ingin membuat transaksi.

7. Janganlah mengira duit anda selepas mengeluarkannya. Saya percaya semua mesin akan memberi jumlah yang tepat mengikut jumlah dikeluarkan. Jika ada terkurang sekalipun, anda masih boleh membuat aduan dan pihak bank akan memeriksa rekod ATM. Lagi satu, bimbang juga terjadi kes ragut.

8. Jika kad anda 'ditelan' akibat pin salah atau lambat dicabut keluar, usahlah meratap dan menghalang pengguna lain untuk menggunakan mesin itu. Kad yang ditelan tak akan keluar semula. Laporkan kepada pihak bank dan dapatkan penggantian kad.

9. Jika ada orang tua, perempuan sarat mengandung atau orang kelainan upaya turut berbaris di belakang anda, seeloknya berilah laluan kepada mereka.


✍ Sumber Pautan : ☕ Viral Semasa

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pyseGx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.