Fiqri, Bekas Pemandu Lori Diejek Mat Jenin Akhirnya Jadi Penyanyi
Pendatang baharu Fiqri Jelani memberitahu dia pernah digelar sebagai Mat Jenin dan diejek melakukan kerja bodoh apabila rakan sekampungnya mengetahui dia ingin bergelar penyanyi.
Fiqri berkata, kerana tidak tahan diejek dia berpindah ke Rawang dan menumpang di rumah rakannya. Malah dia juga hampir dua tahun tidak pulang ke kampungnya di Felda Besout 1, Sungkai, Perak kerana malu diejek.
“Pantang kalau bertembung dengan rakan-rakan mesti mereka ejak kononnya saya berangan-angan macam Mat Jenin dan mengatakan impian saya bergelar penyanyi sebagai kerja bodoh.
“Sejak berpindah ke Rawang, hampir dua tahun saya tidak pulang ke kampung kerana malu diejek namun saya teruskan minat mencipta lagu dan dimuatnaik dalam YouTube.
“Apabila rakan-rakan di kampung nampak saya di YouTube, mereka gelar saya ‘budak YouTube’ pula,” katanya.
Pemilik nama sebenar Mohd Fiqri Jelani, 25, ini berkata, dia mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian dan gubahan lagu selepas ibunya, Che Robiah Ahmad meninggal dunia akibat barah hati pada 2012.
Sejak ketiadaan ibunya, dia memberitahu jiwanya berasa kosong namun lagu nyanyian penyanyi bernama Apit daripada kumpulan Baron Bros (band dari Singapura) menjadi inspirasi kepadanya untuk mengejar cita-cita sebagai komposer dan penyanyi.
“Ketika ibu sakit, saya sedang belajar di Kolej Kini Trolak dalam jurusan kejuruteraaan tetapi saya tidak dapat menamatkan pengajian kerana perlu menjaga ibu dan saya tak kisah ambil tanggungjawab itu kerana masih bujang dan tiada tanggungan.
“Daripada lagu nyanyian Apit, saya mendapat ilham untuk mencipta lagu dan lirik sendiri, ketika itu saya masih tinggal di kampung dan selepas kawan-kawan tahu saya mencipta lagu, saya terus menjadi mangsa ejekan dan sindiran mereka,” katanya.
Sementara itu, Fiqri berkata, rakan-rakan yang pernah mengejeknya dahulu mula berubah sikap dengan berbaik semula dengannya apabila mengetahui dia bergelar penyanyi.
“Mereka yang dulu mengejek saya, terkejut mendengar cerita saya berjaya menjadi artis rakaman dan mereka termalu sendiri. Jika dulu saya dihina, kini saya disanjung serta mengaku saya ‘orang kampung’ mereka.
“Sukar untuk saya menterjemahkan perasaan ketika ini tetapi saya cuba memandang segala yang berlaku daripada sudut positif. Jika sebelum ini ada yang tidak menegur saya, sekarang sudah mengaku kawan.
“Saya bukan orang senang, saya buat macam-macam kerja dan pernah jadi pemandu lori. Alhamdulillah, kini segala usaha dan pengorbanan saya terbalas dengan kemunculan single Terlalu Merinduimu.
“Saya tidak mahu bermusuh dengan sesiapa dan siapa pun yang mahu berkawan, saya terima dan sedia memaafkan,” katanya.
Dalam pada itu, Fiqri berkata dia bersyukur apabila syarikat Sony Music Entertainment Malaysia mengambilnya sebagai artis naungan mereka selepas Pengarah Pemasaran syarikat itu, Aziana Ali mendengar nyanyiannya di YouTube.
“Saya terkejut dan tidak pernah menduga akhirnya impian saya menjadi kenyataan dan lebih menggembirakan apabila pihak Sony Music Malaysia memberi peluang kepada saya untuk merakamkan lagu ciptaan saya sendiri iaitu Terlalu Merinduimu.
“Ilham saya mencipta lagu itu apabila mendapati peminat muzik tempatan lebih suka lagu-lagu inspirasi era 90-an dan saya cuba ikut trend itu yang lebih kepada mendayu dan menyentuh perasaan.
“Terlalu Merinduimu turut mendapat sentuhan komposer Eddie Hamid dan Eddie turut mengolah lagu dan lirik agar lebih puitis dan menangkap emosi pendengar,” katanya.
The post Fiqri, Bekas Pemandu Lori Diejek Mat Jenin Akhirnya Jadi Penyanyi appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oYwIDb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment