Hi! Welcome Back and Stay Tune! Johnny Depp Saman Pengurus Tanggung Hutang RM176 Juta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Johnny Depp Saman Pengurus Tanggung Hutang RM176 Juta

PELAKON Johnny Depp memfailkan saman terhadap bekas syarikat pengurusannya iaitu The Management Group (TMG) sebanyak AS$25 juta atau kira-kira RM110 juta atas dakwaan kecuaian dan membuat penyataan palsu.

Johnny turut mendakwa TMG yang dimiliki oleh pasangan adik-beradik Joel Mandel dan Rob Mandel gagal memfailkan cukai pendapatannya tepat pada masanya selain mengambil pinjaman dengan faedah tinggi.

Gara-gara gagal menguruskan kewangannya dengan baik, Johnny turut mendakwa dia kini menanggung hutang sebanyak AS$40 juta (RM176 juta).

Bagaimanapun TMG dalam satu kenyataan pula memberitahu sikap boros dan kehidupan mewah aktor itu menjadi punca Johnny mengalami masalah kewangan.

“Kehidupan mewah Johnny di luar pemikiran dan kos untuk menanggung sikap borosnya adalah AS$2 juta (RM8.8 juta) setiap bulan dan dia sebenarnya tidak mampu.

“Memang kami menjaga kewangannya tetapi kami juga langsung tidak mempunyai kuasa untuk mengawal perbelanjaannya yang mengakibatkan kepada masalah ini,” katanya dalam keterangan balas terhadap dakwaan difailkan Johnny.

Dalam pada itu, Johnny, 53, ketika diminta mengulas mengenai sikap borosnya berkata, dia berhak untuk membelanjakan wang hasil titik peluhnya.

“Jika saya diluar kawalan kenapa mereka tidak mahu undur diri sejak dahulu lagi?

“Saya bekerja keras setiap hari sepanjang karier saya dan percaya ramai orang disekeliling saya tetapi nampaknya mereka mempergunakan dan mengecewakan saya,” katanya.

The post Johnny Depp Saman Pengurus Tanggung Hutang RM176 Juta appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pvfJJO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.