Menjawab Andaian & Soalan Dangkal Muhyiddin Mengenai IPIC-1MDB
MENJAWAB ANDAIAN DAN SOALAN DANGKAL TS MUHYIDDIN MENGENAI PENYELESAIAN PERTIKAIAN IPIC-1MDB
[Siri 2]
Membaca kenyataan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuatkan kita tertanya-tanya adakah tahap kefahaman seorang Presiden parti begitu cetek sehingga beliau mengeluarkan sejumlah kenyataan dan persoalan yang dangkal dan kurang cerdik?
Soalan Dangkal 5
"Mengapakah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak berminat langsung untuk menuntut semula wang yang telah dibayar kepada syarikat Aabar yang palsu itu?"
Jawapan
Sejak awal lagi 1MDB telah menjelaskan dan membuktikan ia TIDAK KEHILANGAN WANG dan TIDAK MEMBUAT PEMBAYARAN KEPADA SYARIKAT PALSU.
Pihak yang membuat aduan kehilangan wang adalah IPIC. Maka logiklah jika IPIC yang bersungguh-sungguh membawa pertikaian ini ke Mahkamah Timbang Tara London dan memecat Pengarah Urusan dan Pengerusi anak syarikatnya, Aabar. Cuma peliknya kenapa IPIC dan kerajaan Abu Dhabi masih tidak mahu mendakwa Khadem dan Muhammad sedangkan pihak berkuasa negara itu telah menahan serta membekukan aset kedua mereka.
Pelik juga, kenapa IPIC beriya-iya membayar faedah bon 1MDB sedangkan mereka kata ia tiada kaitan dengan mereka, melainkan jika mereka sedar bahawa jaminan ini masih terpakai.
Andaian Dangkal 2
"Jika 1MDB tidak mampu untuk membuat pembayaran, maka Kerajaan Malaysia terpaksa menanggung kesemua bayaran kepada IPIC"
Jawapan
1MDB telahpun memberi penerangan bahawa pembayaran AS$1.2 billion kepada IPIC dan faedah bon akan dibuat melalui pengewangan unit dana Brazen Sky dan 1MDB-GIL bernilai AS$2.5 bilion.
JAMINAN IPIC ke atas faedah dan nilai pokok bon berjumlah AS$3.5 billion masih terpakai sehingga tahun 2022 dan IPIC akan terpaksa membayar faedah dan nilai pokok bon ini jika 1MDB gagal atau enggan membayarnya.
JAMINAN IPIC ke atas bon 1MDB cukup jelas kerana IPIC terpaksa membayar faedah bon tersebut apabila 1MDB berkeras tidak mahu membayar faedah bon tersebut pada tahun 2016.
Andaian Dangkal 3
"Perlu diingatkan di sini rakyat Malaysia lah yang akan menanggung beban berganda apabila pembayaran kepada IPIC dibuat sebanyak dua kali, bayaran pertama yang dibuat kepada Aabar BVI yang telah hilang dan lenyap dan kini, bayaran kedua yang akan dilaksanakan dengan termeterinya perjanjian timbang tara ini"
Jawapan
Komitmen untuk membayar faedah dan nilai pokok bon AS$3.5 sememangnya akan dipikul oleh 1MDB kerana ia adalah pihak yang berhutang dan IPIC hanya merupakan PENJAMIN kepada hutang tersebut. Nampak sangat Muhyiddin cetek pengetahuan apabila menyebut "Malaysia lah yang akan menanggung beban berganda apabila pembayaran kepada IPIC dibuat sebanyak dua kali" kerana 1MDB TIDAK AKAN MEMBAYAR IPIC, sebaliknya membayar PELANGGAN BON apabila bon ini matang pada tahun 2022.
Kejahilan Muhyiddin amat nyata kerana 1MDB TIDAK AKAN MEMBAYAR "SEKALI LAGI" JUMLAH AS$3.5 BILION KEPADA IPIC.
Perkembangan terbaru menunjukkan IPIC telah mengakui berlaku "pembayaran kepada entiti lain" dan IPIC. Ini disahkan melalui pengumuman bertulis yang dibuat oleh IPIC kepada Bursa Saham London pada 24 April 2017
IPIC dan 1MDB juga telah bersetuju untuk berunding atas "keyakinan yang baik" sehingga bulan Disember 2020 bagi mencari "penyelesaian bersama" untuk membayar nilai pokok bon AS$3.5 bilion yang akan matang pada tahun 2022 tersebut dan tiada sebarang butiran dalam persetujuan ini yang menyebut bahawa 1MDB dan KERAJAAN MALAYSIA PERLU MEMBAYAR JUMLAH AS$3.5 KEPADA IPIC TIADA PENYELESAIAN dicapai di antara IPIC dan 1MDB ketika tempoh perjanjian berakhir pada Disember tahun 2020, 1MDB masih mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas IPIC berkaitan pembayaran sebanyak AS$3.5 bilion kepada Aabar BVI sebelum tarikh matang bon tersebut pada tahun 2022.
Kenyataan Muhyiddin membuktikan bahawa dia dangkal fakta dan tidak menguasai maklumat mengenai isu 1MDB.
Jelas Muhyiddin gagal menerima hakikat bahawa IPIC dan 1MDB sudah menemui jalan penyelesaian bagi pertikaian berkaitan dana 1MDB kerana ia membuktikan segala dakwaan Muhyiddin ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1MDB selama ini adalah fitnah. Saya ingin mengulangi tindakannya menubuhkan sebuah parti baru semata-mata kerana percaya kepada kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu perbuatan yang sia-sia.
Mohd Puad Zarkashi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oZlvSV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment