Pemilik Samsung Galaxy S8 Melaporkan Masalah Peranti Mati Dengan Sendiri
Masalah peranti yang mati dan hidup dengan sendiri ini sering dikaitkan dengan masalah kepanasan. Ia pernah kami alami sendiri apabila menggunakan telefon pintar di bawah mentari yang terik. Masalah ini mula dialami oleh pemilik Samsung Galaxy S8 di Amerika Syarikat.
Dari laman Reddit pemilik menyedari peranti mati dan hidup semula secara rawak. Mereka hanya menyedari ia berlaku kerana pengimbas cap jari tidak boleh digunakan. Apabila S8 mati dan hidup kembali, pemilik perlu memasukkan pin bagi mengesahkan identiti. Kami masih belum menemui masalah ini selepas menggunakan S8 selama dua minggu.
Pihak Samsung masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai masalah baru ini. Pada waktu yang sama Samsung telah mula memberikan kemaskini bagi mengatasi masalah skrin merah jambu yang dilaporkan sebelum ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oZ1Imy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment