Perempuan Yang Ada 5 Ciri Ini Bolehlah Perasan Cantik
Wanita yang cantik dalam erti kata sebenar adalah yang kelihatan menawan walau pun tanpa mekap. Ini yang dikatakan cantik semula jadi.
Biasanya wanita yang punya kecantikkan ini punya lima ciri berikut. Jadi kalau anda ada kebanyakan dari ciri ini pada wajah, bolehlah nak perasan cantik.
1. Lesung pipit
Percaya atau tidak kebanyakan wanita yang memiliki lesung pipit di pipi adalah seorang cantik. Bukan itu saja dia juga kelihatan manis apatah lagi bila tersenyum. Tengok saja Wawa Zainal.
2. Bulu kening tebal
Sama seperti bulu mata lentik, ramai yang mahukan alis tebal hingga menggunakan celak agar tampak lebih gelap. Tak caya tengok Elfira Loy, dia cantikkan.
3. Dagu terbelah
Ini adalah satu kecacatan yang membuatkan seseorang itu nampak cantik. Sewaktu tersenyum pemilik dagu terbelah ini akan dilihat makin manis dan hensem bagi lelaki. Datuk Siti Nurhaliza salah seorang yang memiliki dagu sebegini.
4. Gigi tak tersusun
Tak sempurna tapi pemiliknya akan kelihatan cukup manis bila tersenyum. Malah mereka juga kelihatan lebih muda. Ingat tak penyanyi Mazuin Hamzah.
5. Bulu mata lentik
Sebab itulah ramai yang sanggup memakai bulu mata palsu dan juga terciptanya maskara. Ia akan membuatkan wanita nampak cantik.
Sumber: Vanilla Kismis
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oNd8xP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment