Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tahaluf siyasi: Majlis Syura Ulama Pas paling sesuai buat keputusan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tahaluf siyasi: Majlis Syura Ulama Pas paling sesuai buat keputusan

ALOR SETAR: Majlis Syura Ulama Pas adalah badan yang paling sesuai untuk memuktamadkan sebarang keputusan membabitkan tahaluf siyasi sama ada dengan PKR atau mana-mana parti politik.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata sebelum ini, pergerakan Dewan Ulama pernah mengusulkan penilaian semula tahaluf siyasi dengan DAP yang juga diputuskan oleh Majlis Syura.

"Maka kali ini, kami dan beberapa kawasan menyerahkan kepada Majlis Syura untuk membuat keputusan mengenai isu berkaitan PKR kerana tindakan parti terbabit jelas melanggar apa yang telah dipersetujui dalam tahaluf siyasi," kata Dr Mahfodz ketika sesi penggulungan di Muktamar Pas Pusat Ke-63 hari ini.

Semalam, perwakilan di muktamar telah meluluskan usul sebulat suara supaya tahaluf siyasi dengan PKR diputuskan.

Usul tersebut telah dibawa ke peringkat Muktamar Pas Pusat untuk dibahas selepas ianya diluluskan di peringkat Muktamar Dewan Pemuda, Dewan Muslimah dan Dewan Ulama.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pNshiK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.