Ustazah Termakan 'JERAT' Pelajar Umur 16 Tahun, Jadi Mangsa Rogol & Direkod. Kejadian Berlaku Di Sebuah Tadika
Jenis ni memang tak boleh dibiarkan lepas. Kalau dalam usia ni dia berani merogol, bagaimana pula dimasa akan datang. Jangan sampai jadi perogol bersiri sudah.
Memetik laporan myMetro, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun layak digelar binatang apabila tergamak merogol seorang guru agama di Taman Impian pagi kelmarin hanya kerana meminati wanita itu dan menaruh perasaan cinta terhadapnya.
Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila mangsa berusia 26 tahun menghubungi pihak polis sebelum remaja itu berjaya dikesan di sebuah klinik haiwan berhampiran taman itu.
Suspek kemudian ditahan selepas mangsa mengecam wajahnya dan dibawa ke Balai Polis Kajang untuk siasatan lanjut. Sumber berkata, guru terbabit pada mulanya datang ke tadika itu kira-kira jam 7 pagi berseorangan kerana tadika itu tidak dibuka kerana masih bercuti.
"Mangsa pada mulanya menyedari kehadiran remaja itu yang menunggu di luar tadika dan tidak mengesyaki apa-apa dan terus membuka pintu pagar sebelum mahu masuk ke dalam.
Bagaimanapun, sebaik mangsa membuka pintu tiba-tiba remaja itu terus datang dari belakang dan memeluknya sebelum mengheret mangsa masuk ke dalam tadika itu. Malah, remaja itu memberitahu meminati mangsa dan menaruh perasaan cinta terhadapnya,” katanya.
Beliau berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan remaja terbabit cuba melawan, namun gagal sebaliknya remaja itu terus menanggalkan pakaian mangsa sebelum merogolnya.
"Selepas merogol mangsa, remaja terbabit terus melarikan diri. Mangsa yang trauma dengan kejadian itu menghubungi polis yang tiba tidak lama kemudian.
Mangsa menceritakan apa yang berlaku sebelum memberikan gambaran mengenai wajah remaja berkenaan kepada pihak polis,” katanya.
Menurutnya, pihak polis kemudian terus keluar mencari remaja itu di kawasan berhampiran sebelum menemuinya berhampiran sebuah klinik haiwan.
Pihak polis kemudian membawa remaja itu berjumpa dengan mangsa untuk pengecaman sebelum wanita itu mengesahkan remaja itu yang merogolnya.
Mereka kemudian membawa remaja itu ke balai polis dan mangsa turut membuat laporan berhubung kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Sumber: bulletinmedia
✍ Sumber Pautan : ☕ Edia Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pvyixx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment