Hi! Welcome Back and Stay Tune! Van Rempuh Gerai Pasar Malam, Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Ketika Pilih Mainan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Van Rempuh Gerai Pasar Malam, Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Ketika Pilih Mainan


Sekitar jam 9.45 malam Ahad lalu, sebuah van yang dipandu seorang peniaga pasar malam merempuh gerai di pasar malam Golden Hill, Cameron Highlands, megakibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut manakala tujuh lagi cedera parah.

Mangsa dikenali sebagai Adra Mustaffa Kamal dari Kampung Tenglu Laut, Mersing, meninggal dunia di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata akibat kecederaan parah di kepala.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Supritendan Hasadid A. Hamid berkata, ketika kejadian berlaku, kanak-kanak yang menemui ajal itu bersama ibu bapanya dan dua adik-beradik yang lain sedang melihat alat mainan di salah sebuah gerai. 

"Pemandu van mendakwa dia telah menggerakkan vannya perlahan-lahan, dan menekan minyak untuk memastikan pelanggan memberi laluan."

"Bagaimanapun, van itu tiba-tiba bergerak ke hadapan dan merempuh beberapa gerai, termasuk gerai di mana budak perempuan itu sedang memilih mainan," katanya.

Hasadid berkata, laporan polis yang diterima daripada pemandu van berkenaan mendakwa seluruh badannya mengalami kekejangan dan tidak sedarkan diri buat seketika ketika kejadian. 

Beliau berkata,pemandu van berkenaan tidak mengalami kecederaan dan ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau berbahaya.

Dilaporkan polis juga sudah mengambil sampel air kencing dan darah pemandu berkenaan untuk dianalisis. - www.kakishare.my

Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qo17Mc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.