Lelaki Sanggup ‘Beraya’ Di Balai Polis
BALAI Polis boleh dikatakan tempat yang ‘digeruni’ orang ramai walaupun hanya datang membuat laporan.
Namun, tidak bagi lelaki ini kerana sanggup berjalan kaki sejauh 3.5 kilometer bagi mendapatkan perlindungan di balai polis pada Aidilfitri.
Media tempatan melaporkan, lelaki yang dikenali sebagai Johan Iskandar Dean Salter, 36, itu gagal mendapatkan bilik di rumah perlindungan gelandangan berdekatan Hospital Kuala Lumpur kerana telah penuh.
Ketua Balai Polis Setapak, Asisten Superitenden Wee Bee Seng berkata, Johan menjelaskan dia berjalan kaki ke balai polis tersebut dan meminta kebenaran untuk bermalan serta berjanji akan pergi pada pagi esoknya untuk mencari pekerjaan.
“Lelaki itu juga memberitahu dia belum lagi makan, jadi kita berikan dia makan,” katanya.
Johan kemudiannya ditawarkan tempat menginap pada Ahad itu dan diberikan wang selain kemudahan penginapan di sebuah hotel bajet selama tiga malam.
“Diharapkan, ia dapat mengurangkan bebannya dan dia dapat mencari kerja,” katanya.
Bagaimanapun, ia bukanlah kali pertama Bee Seng begitu bermurah hati pada musim perayaan 1 Syawal.
Malah, beliau membuat penyusunan semula pasukannya bagi membolehkan anggota beragama Islam berpeluang bercuti selama dua hari pada Aidilfitri untuk menyambutnya bersama keluarga dan rakan-rakan.
Pasukannya dibantu anggota Rela dan Polis Sukarelawan Simpanan (PVR).
“Walaupun ada yang tidak dapat memanjangkan tempoh cuti untuk pulang ke kampung, tetapi sekurang-kurangnya mereka dapat menggunakan dua hari itu bagi menyambut Hari Raya bersama keluarga,” katanya.
“Sudah lama saya tidak mengambil laporan tetapi tidak susah pun,” katanya yang membantu di meja hadapan balai polis. – MYNEWSHUB.CC
*Video di bawah sekadar hiasan…
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tjLOIT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment