Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Krisis kewangan global tidak akan berulang' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Krisis kewangan global tidak akan berulang'



LONDON: Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Janet Yellen, yakin krisis kewangan tidak akan berlaku lagi berikutan pembaharuan yang dibuat sistem perbankan sejak krisis 2007-2009.

"Adakah saya mengatakan tidak akan berlaku satu lagi krisis kewangan?" kata Yellen pada satu acara soal jawab di London pagi tadi. 

"Anda tahu mungkin ia terlalu jauh, namun saya berasa kita kini lebih selamat dan berharap ia tidak akan berlaku sepanjang hayat kita dan saya percaya ia akan menjadi begitu," katanya.

Yellen berkata, berkata keadaan 'tidak akan menjadi baik' jika pembaharuan industri perkhidmatan kewangan sejak krisis itu tidak didedahkan dan menggesa pihak yang membantu menangani masalah pada masa itu menjadi lebih lantang bagi menghalangnya berulang. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, ketika kempen pilihan rayanya berjanji akan melonggarkan peraturan perbankan.

Jabatan Perbendaharaan AS awal bulan ini mencadangkan pelonggaran sekatan yang dihadapi oleh bank utama dalam operasi perdagangan masing-masing.

Yellen enggan mengeluarkan kenyataan ketika ditanya hubungannya bersama Trump, namun mengakui mempunyai hubungan kerja yang baik bersama Setiausaha Perbendaharaan, Steve Mnuchin.

Beliau mengulangi pandangannya bahawa bank pusat AS akan terus menaikkan kadar faedah hanya secara berperingkat.

"Adalah lebih wajar mencapai sasaran menaikkan kadar faedah secara berperingkat ke paras yang mungkin kekal agak rendah, walaupun masih ada ketidaktentuan berhubungnya, untuk kekal rendah mengikut standard sejarah lampau," katanya.

Beliau berkata, jumlah bon yang dikumpul oleh Fed untuk membantu ekonomi AS semasa krisis akan menguncup 'secara berperingkat dan dijangka'.

Ditanya mengenai penilaian harga saham oleh tetamu yang hadir, Yellen berkata 'mengikut standard metrik, sesetengah penilaian aset kelihatan tinggi namun tiada yang pasti mengenainya.-Reuters


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tjB2lz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.