Hi! Welcome Back and Stay Tune! Arah utara agak sesak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Arah utara agak sesak

BEBERAPA lokasi di sepanjang lebuh raya PLUS arah utara terus mengalami kesesakan akibat peningkatan trafik.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, berkata tinjauan udara kira-kira sejam pihaknya sempena Ops Raya 2017 mendapati trafik perlahan ke arah utara membabitkan beberapa lokasi.

Menurutnya, tinjauan dilakukan bermula 9.30 hingga 10.30 pagi, di laluan keluar dari ibu negara dan kemudian terus ke laluan utara.

KETUA Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim (kanan) dan Pengarah Bomba Perak, Datuk Yahaya Madis (dua kanan) beramah mesra dengan pegawai dan anggota bomba di Plaza Tol Tapah. FOTO Abdullah Yusof

"Tinjauan di laluan keluar di Plaza Tol Sungai Besi (selatan), Gombak (pantai timur) dan Jalan Duta (utara) mendapati keadaan masih terkawal dan teratur.

"Di Slim River kenderaan bergerak perlahan begitu juga di kawasan R&R Tapah dan laluan mendaki berhampiran Gua Tempurung dari Tapah ke Gopeng," katanya dalam sidang media di Plaza Tol Tapah, hari ini.

Selain itu, beliau turut meninjau pegawai dan anggota bomba di Pos Kawalan Bomba (PKB) yang ditempatkan sepanjang dua minggu operasi dijalankan.

"Sembilan belas lokasi membabitkan lebuh raya PLUS dan LPT ditempatkan PKB dengan sekurang-kurangnya 12 anggota bersedia menghadapi sebarang kecemasan terutama kemalangan.

"Kita menjangkakan tindak balas kecemasan kurang daripada 10 minit bagi kes di lebuh raya dengan adanya pesediaan di PKB," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tAfEGn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.