Hi! Welcome Back and Stay Tune! Budak koma 3 hari selepas didera hembus nafas terakhir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Budak koma 3 hari selepas didera hembus nafas terakhir

Budak koma 3 hari selepas didera hembus nafas terakhir|Seorang kanak-kanak lelaki empat tahun menghembuskan nafas ter­akhirnya hari ini setelah koma selama tiga hari di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya.

Difahamkan, kanak-kanak malang tersebut merupakan anak sulung daripada tiga beradik hasil daripada hubungan terlarang pasangan terbabit sejak beberapa tahun lalu.

 

Menurut sumber, ibu mang­sa, 29, dan teman lelakinya yang merupakan warga Afrika telah bertindak meninggalkan kanak-kanak itu di sebuah hospital swasta di Cheras dalam keada­an tidak sedarkan diri sebelum menghilangkan diri.

“Mangsa yang mengalami kecederaan patah tangan serta pendarahan otak kemudian dihantar ke HKL untuk rawatan lanjut.

“Kedua-dua suspek disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan kini melarikan diri bersama dua lagi anak lelaki mereka yang masing-masing berusia 2 tahun dan 5 bulan,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi.

Tambahnya, mangsa meni­ng­gal dunia kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan mayatnya dituntut ahli keluarga ibunya yang berjaya dikesan pihak hospital.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu, pihaknya kini sedang menunggu laporan bedah siasat daripada pihak HKL.

“Kita ada menerima laporan polis berhubung kes tersebut beberapa hari lalu dan ibu mangsa juga ada membuat laporan pada hari yang sama.

“Sebelum ini kes diklasifikasikan sebagai dera dan disiasat di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001, bagaimanapun dengan perkembangan terbaharu ini, kita perlu menunggu hasil bedah siasat,” katanya.

The post Budak koma 3 hari selepas didera hembus nafas terakhir appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rX6LK1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.