Hi! Welcome Back and Stay Tune! CCTV Rakam Aksi Kejam Pengasuh Belasah Bayi Berusia Satu Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

CCTV Rakam Aksi Kejam Pengasuh Belasah Bayi Berusia Satu Tahun

Insiden penderaan kepada kanak-kanak yang dilakukan oleh pengasuh bukanlah merupakan sebuah perkara yang baru dan berlaku hanya di Malaysia sahaja, malah insiden ini sebenarnya turut berlaku di luar negara.

Pasangan suami isteri daripada Filipina baru-baru ini telah berkongsi pengalaman ngeri mereka apabila mendapat tahu anak mereka yang baru berusia satu tahun telah didera oleh dua orang pengasuh mereka semasa mereka tiada di rumah.

Terima kasih kepada CCTV, segala perbuatan yang tidak berperikemanusian pengasuh dari neraka ini telah berjaya dirakamkan.

Di dalam rakaman itu, boleh dilihat dengan jelas bagaimana deritanya bayi tersebut yang terpaksa melalui proses penderaan itu dengan cara dicubit, diketuk pada kepala dan ditolak sehingga jatuh.

Kedua-dua pengasuh tersebut kemudiannya telah dipecat serta-merta dan insiden tersebut kemudiannya telah dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Malah dikatakan, kedua-dua pengasuh yang kejam ini turut dikecam dan telah dipulaukan oleh penduduk tempatan yang tidak berpuas hati dengan tindakan mereka yang kejam itu setelah rakaman CCTV itu menjadi tular di media sosial.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sXqE2K

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.