Hi! Welcome Back and Stay Tune! DBKL tidak keluarkan lesen jual mercun di bazar Ramadan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DBKL tidak keluarkan lesen jual mercun di bazar Ramadan

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak pernah mengeluarkan lesen ataupun permit kepada penjaja atau peniaga untuk menjual mercun di bazar-bazar Ramadan sekitar ibu kota.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL Datuk Ibrahim Yusoff berkata mana-mana penjaja atau peniaga yang didapati menjual mercun secara haram di bazar Ramadan akan didakwa di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai (WPKL) 1989.

Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa DBKL bersama Agensi Penguatkuasaan 2017 di sini pada Khamis, beliau berkata 16 tindakan sita terhadap penjaja mercun tanpa lesen telah dilakukan, dengan 813 kotak mercun pelbagai jenama dirampas menerusi operasi harian bermula 27 Mei hingga 18 Jun ke atas 82 penjaja bazar Ramadan sekitar ibu negara.

DBKL, katanya telah mengadakan kawalan dan pemantauan ke atas 6,103 tapak perniagaan merangkumi 11 kawasan Parlimen menerusi operasi harian dengan kerjasama beberapa agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan dan Jabatan Imigresen.

Sebanyak 360 notis kesalahan am telah dikeluarkan di bazar-bazar Ramadan melibatkan kebersihan dan halangan, manakala 245 kes membabitkan pembatalan lesen dan tangkapan warga asing dibuat, katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t12Fjq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.