Hi! Welcome Back and Stay Tune! Juruterbang Malaysia dipenjara 13 tahun kerana merogol wanita warga Australia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Juruterbang Malaysia dipenjara 13 tahun kerana merogol wanita warga Australia

KUALA LUMPUR: Seorang juruterbang warga Malaysia, Alfred Gerard Eravelly, 50, dijatuhi hukuman penjara 13 tahun oleh mahkamah Australia pada Khamis setelah didapati bersalah melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita, 21 tahun lalu.

April lalu, Hakim memutuskan tertuduh bersalah pada April lalu.

Lapor ABC News Australia, Mahkamah berkenaan memutuskan Eravelly bersalah terhadap kesemua lima pertuduhan iaitu melakukan serangan seksual ganas, merompak, mengurung dan mencederakan mangsa.

Eravelly didakwa melakukan jenayah berkenaan pada tahun 1996, ketika dia masih menuntut di Perth, Australia.

Pada malam serangan itu (Mac 1996), tertuduh yang bersenjatakan pisau dan menutup kepala telah memasuki rumah mangsa wanita yang ketika itu  berusia 38 tahun di Scarborough melalui tingkap bilik mandi.

Tertuduh kemudiannya mengikat tangan mangsa ke belakang dan menutup matanya sebelum berulang kali merogol mangsa.

Eravelly melarikan diri selepas insiden tersebut, dia kemudiannya menjadi juruterbang syarikat penerbangan sebelum menetap di Pulau Pinang bersama keluarganya.

Bapa kepada dua anak itu ditahan bersama waran tangkap ketika melalui Sydney untuk bercuti ke New Zealand bersama keluarganya tahun lalu.

Ketika perbicaraan, Eravelly menafikan sebarang kesalahan, mengekalkan kenyataan dia bertemu wanita berkenaan di sebuah hotel dan mereka melakukan hubungan seks secara konsensual.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tV7t6O

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.