Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Kopi Membantu Kurangkan Risiko Serangan Kanser Hati. Semakin Banyak Kopi Diminum, Semakin Tinggi Sistem Kekebalan Tubuh Melawannya." Dr. Oliver Kennedy.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Kopi Membantu Kurangkan Risiko Serangan Kanser Hati. Semakin Banyak Kopi Diminum, Semakin Tinggi Sistem Kekebalan Tubuh Melawannya." Dr. Oliver Kennedy..


UMUM mengetahui kopi mampu menghilangkan rasa mengantuk. Bagaimanapun, kajian terbaharu yang dijalankan oleh pakar penyelidik daripada Universiti Edinburgh, Scotland mendapati, minuman tersebut mampu membantu mengurangkan risiko serangan kanser.

Penyelidiknya, Dr. Oliver Kennedy memberitahu, dengan hanya menjadikan secangkir kopi sebagai minuman harian, ia dapat mengurangkan risiko serangan kanser hati.


“Kanser hati merupakan antara enam jenis kanser yang paling banyak dideritai oleh individu di Asia dan Afrika. Malah, ia merupakan antara kanser yang membunuh.

“Bagaimanapun, ia dapat dikawal dengan pengambilan kopi sebagai minuman setiap hari. Ini kerana, kewujudan molekul senyawa yang terdapat dalam biji kopi memiliki sifat antioksidan, anti-inflamasi dan antikarsinogen yang membantu mencegah penularan kanser hati.


“Semakin banyak kopi diminum, semakin tinggi sistem kekebalan tubuh melawannya,” jelas Kennedy.

Biarpun begitu, menurut penyelidik itu lagi, individu bagaimanapun tidak disarankan untuk mengambil kopi dalam kuantiti yang terlalu banyak, lebih-lebih lagi bagi wanita hamil kerana dikhuatiri memberi kesan negatif terhadap janin.


Kredit: Kosmo


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rYbSth

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.