Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak mampu beri keadilan sewajarnya kepada mangsa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak mampu beri keadilan sewajarnya kepada mangsa

KUALA SELANGOR: Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang dirasmikan pada Khamis mampu memberi pembelaan sewajarnya terhadap kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seks.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata sebelum ini terdapat banyak kes melibatkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak tidak dapat diteruskan akibat kekurangan bukti dan ini dilihat dapat diatasi dengan penubuhan mahkamah berkenaan.

"Mahkamah ini direka untuk memberi ketenteraman kepada kanak-kanak mangsa jenayah seksual agar mereka dapat memberi lebih banyak maklumat mengenai kejadian yang menimpa mereka.

Dengan ditemani kaunselor yang terlatih daripada kementerian, kami percaya mangsa akan dapat memberi lebih banyak maklumat dan bukti terhadap kelakuan berkenaan," katanya ketika diminta mengulas mengenai mahkamah khas itu.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Gema Kasih Sukarelawan Homehelp Kuala Selangor di Sekolah Kebangsaan Datuk Maharaja Lela, di sini pada Khamis.

Turut hadir Anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Mahkamah yang terletak di Istana Kehakiman, Putrajaya itu merupakan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dirasmikan pada Khamis oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahkamah itu yang dijangka mempercepat dan melancarkan semua prosiding serta perbicaraan kes jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak akan memberi tumpuan kepada kes seperti pornografi, antun seksual dan serangan seksual selaras dengan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat. .

Terdahulu, pada program itu, Rohani mengumumkan peruntukan sebanyak RM30,000 kepada Parlimen Kuala Selangor bagi mempergiat lagi penganjuran program-program kemasyarakatan membabitkan lapan golongan sasar KPWKM.

"... dan terpulang kepada anggota Parlimen untuk membahagikan peruntukkan berkenaan kepada program golongan sasar yang antaranya terdiri dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warna emas dan ibu tunggal," katanya.

Sementara itu, Irmohizam berkata tumpuan akan diberikan kepada penganjuran program-program latihan kemahiran bagi meningkatkan keupayaan golongan sasar seperti ibu tunggal dan OKU.

"Kawasan Kuala Selangor ini mempunyai bilangan ibu tunggal yang agak tinggi dan adalah wajar untuk kami menyediakan satu latihan kemahiran agar mereka dapat berdikari, " katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s169hB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.