Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia alami kekalahan kedua di liga hoki wanita dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia alami kekalahan kedua di liga hoki wanita dunia

KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita negara terus gagal meraih mata apabila tewas 1-3 kepada Sepanyol dalam aksi kedua Kumpulan B pada kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Stadium Fallon di Brussels, Belgium pada lewat Khamis (pagi Jumaat di Malaysia).

Malaysia yang tumpas 0-3 kepada pasukan keempat terbaik dunia, Australia dalam perlawanan pembukaan, Rabu lepas, bermula garang seawal minit ketiga selepas ketua pasukan, Siti Noor Amarina Ruhani berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Tersentak dengan jaringan itu, Sepanyol bangkit dengan gerakan lebih mantap dan usaha mereka berhasil apabila Carola Salvatella menyamakan kedudukan menerusi gol padang pada minit ke-28 dan keputusan itu kekal sehingga berakhir babak pertama perlawanan.

Keghairahan benteng pertahanan pasukan negara untuk menghalang gerakan Rocio Ybarra daripada menjaringkan gol membawa padah apabila pengadil menghadiahkan pukulan penalti kepada Sepanyol dan Lola Riera berjaya menyempurnakan pukulan tersebut pada minit ke-31.

Lola melengkapkan kemenangan pertama Sepanyol pada perlawanan tersebut apabila menjaringkan gol ketiga melalui pukulan sudut penalti, lima minit kemudian.

Malaysia akan berdepan tuan rumah, Belgium dalam aksi ketiga Kumpulan B pada Sabtu, manakala Sepanyol akan menentang Australia pada Ahad.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tAi3kh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.