Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pesta pelita sambut kepulangan perantau - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pesta pelita sambut kepulangan perantau

HULU TERENGGANU: Ribuan pelita menghiasi kampung dan taman perumahan di bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu bagi menyambut kepulangan perantau menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Awang berkata program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pertubuhan belia.

Menurut Tengku Putera, disamping menceriakan suasana malam, aktiviti berkenaan juga bertujuan untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Jadi keseluruhan kampung nampak ada permuafakatan. Matlamat kita adalah agar suasana kegemerlapan itu tercapai, sekaligus muafakat antara semua lapisan masyarakat menyerlah,” katanya ketika meninjau pesta pelita di Hulu Terengganu malam tadi. 

Menurut beliau, pelita yang disusun dengan pelbagai bentuk bagi mempamerkan kreativiti berjaya menarik perhatian pengunjung.

Beliau juga berkata hiasan pelita bertujuan bagi membawa  masyarakat mengimbau  kembali kepayahan generasi dahulu yang hidup tanpa bekalan elektrik.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tAi4ER

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.