Hi! Welcome Back and Stay Tune! RM5 Boleh Dapat 120 Keping Sampul Duit Raya, Buat Sendiri Je, Jimat! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RM5 Boleh Dapat 120 Keping Sampul Duit Raya, Buat Sendiri Je, Jimat!

Duit raya dah ada, sampulnya pula yang takde. Kalau nak beli, boleh tahan juga harganya, yang dapat percuma pula tak berapa berkenan dengan coraknya.

Hah, jangan risau jangan bimbang. Apa kata, buat je sendiri sampul duit raya sendiri, boleh pilih corak yang mana suka, lebih puas hati dan menjimatkan!

Yang paling penting, ia unik dan tersendiri, lain daripada yang lain.

Tak susah mana pun, ikut je langkah-langkah kat bawah ni.

Bahan-Bahan:

*Kertas pembalut hadiah

Pisau

Gam

Cara Membuat:

1.Lipatkan kertas pembalut hadiah kepada 4 bahagian macam dalam gambar.

2.Kemudian potong dengan menggunakan pisau bahagian tersebut.

3.Setelah itu,lipat kepada 3 bahagian sama rata dan potong dengan pisau. Jadi 3 keping macam dalam gambar.3×4=12, jadi dapat 12 keping sampul raya untuk 1 gulung pembalut hadiah.

4.Lipatkan pula bahagian kanan dan bawah. Lipat kecil je macam dalam gambar. Kemudian,lipat macam gambar sebelah tu.

5.Potong sikit bahagian atas, lipat dan kemaskan ia untuk dijadikan penutup.

6.Kemudian, gam. Jangan letak gam banyak sangat nanti tak cantik.

Siap!

(*Beli pembalut hadiah secara borong  lebih murah berbanding beli satu-satu. 10 gulung anggaran harga dalam RM4-RM7)

Sumber: Maznabilah Mahamed



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sYxkyb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.