Telefilem '16 Puasa' Ketengahkan Realiti Sebenar Yang Berlaku Dalam Masyarakat Berkait Dengan Pergolakan Jiwa
Seperti yang sudah sedia maklum, ramai di antara kita telah tengok sebuah cerita hasil arahan Mamat Khalid, iaitu 16 Puasa, yang mana mengisahkan mengenai penduduk kampung yang sering ponteng puasa. Berbeza dengan ’15 Puasa’, di mana hanya seorang individu sahaja yang tidak berpuasa.
Tidak dapat dinafikan juga, karya-karya yang dihasilkan oleh Mamat Khalid sememngnya memberikan satu impak dan ada mesej tersendiri. Menerusi perkongsian dari saudara Mohd Izwanuddin Abd Rahim, apa yang dapat dinilai dan diperolehi dari telefilem 16 Puasa ini, cukup dekat dengan norma kehidupan seharian kita.
Berikut beberapa ulasan saya terhadap telefilem ini.
1. Formula persahabatan
Mamat Khalid berjaya mengumpulkan beberapa nama besar untuk berlakon di bawah arahannya. Menjadi suatu kebiasaan Mamat Khalid untuk bekerjasama dengan rakan-rakan rapatnya dalam karya-karya yang diarahkannya.
2. Unsur realisme, parodi dan satira
Tiga elemen ini menjadi nafas utama dalam karya ini. Realisme ialah sesuatu yang benar-benar berlaku. Parodi ialah meniru kisah atau situasi asal dengan gaya yang melucukan. Satira pula ialah karya yang berbentuk sindiran terhadap sesuatu.
3. Deadpan
Jenis lawak yang digunakan dalam telefilem ini ialah ‘ deadpan ‘. Nama lain bagi genre lawak ini ialah ‘ dry humor ‘. Orang kita panggil lawak kering. Dalam lawak jenis ‘ deadpan ‘, unsur lucu disampaikan dalam keadaan yang serius sehingga kadangkala penonton tidak pasti sama ada perkara itu serius atau tidak.
4. Auteur
Auteur berasal daripada Bahasa Perancis yang bererti pengarang. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai ‘ Author ‘. Auteur dalam dunia pengarahan ialah keadaan di mana seseorang pengarah itu memasukkan Weltanschauung ( pandangan alam ) ke dalam karyanya.
5. Zeitgeist
Zeitgeist ertinya semangat zaman. Sewaktu peralihan antara satu babak dengan babak yang lain, Mamat Khalid memasukkan gambar para pelakon yang membuat aksi tertentu sambil memberinya tajuk-tajuk yang lucu seperti Isteriku Mrs Sideburn dan Suamiku Pakai Vest.
6. Sosialisme Blok Komunis Timur
Lagu-lagu yang digunakan oleh Mamat Khalid dalam telefilem ini memiliki pengaruh sosialisme dari Blok Komunis Timur. Sosialisme menurut Kamus Dewan edisi keempat ialah teori atau sistem organisasi sosial yg menganjurkan supaya sumber-sumber kekayaan seperti pengeluaran, tanah, modal, dan sebagainya dijadikan milik negara untuk dinikmati oleh setiap rakyat dengan sama rata.
Demikianlah sebahagian falsafah pemikiran yang cuba disampaikan oleh Mamat Khalid dalam karya 16 Puasa ini.
~ MIAR ~
- Siakap Keli
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t0UtAc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment