Hi! Welcome Back and Stay Tune! 15 hilang banjir besar landa selatan Jepun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

15 hilang banjir besar landa selatan Jepun


TOKYO: Sekurang-kurangnya 15 hilang selepas banjir besar menghanyutkan rumah di selatan Jepun, merosakkan jalan raya apabila air melimpahi kampung selepas hujan lebat, kata pihak berkuasa.

Pakar kaji cuaca memberi amaran keadaan akan bertambah buruk dan anggota tentera serta penyelamat berusaha memindahkan ratusan ribu penduduk dari laluan tanah runtuh dan arus air berlumpur.

"Kami melihat hujan lebat tidak seperti sebelum ini. Keadaan ini luar biasa dengan bahaya serius," kata pegawai Agensi Kaji Cuaca Jepun.

Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga berkata, kerajaan mengerah 7,500 anggota polis, penyelamat dan anggota tentera ke kawasan terjejas di Kyushu, manakala 40 helikopter bersiap sedia melakukan operasi mencari sebaik cuaca cerah.

"Ada banyak maklumat mengenai orang ramai yang masih hilang," katanya kepada sidang akhbar tergempar.

Ia termasuk seorang kanak-kanak yang dilaporkan dihanyutkan di sungai dan pasangan suami isteri yang tidak ditemui sejak rumah mereka dihanyutkan.

Pegawai di negeri Fukuoka dan Oita yang teruk terjejas berkata, mereka mengetahui 15 penduduk hilang.

Rakaman televisyen menunjukkan ombak dari sungai yang melimpah merempuh kawasan berpenduduk, merosakkan jalan dan menenggelami ladang. - AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sIrBNC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.