Hi! Welcome Back and Stay Tune! 28 penduduk halang 4 lori bawa kayu getah di Kampung Serampang Indah ditahan polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

28 penduduk halang 4 lori bawa kayu getah di Kampung Serampang Indah ditahan polis

BANDAR SERI JEMPOL – Seramai 28 individu ditahan polis selepas bertindak menghalang pergerakan empat lori membawa muatan kayu getah di Kampung Serampang Indah, di sini semalam.

 

28 penduduk halang 4 lori bawa kayu getah di Kampung Serampang Indah ditahan polis

28 penduduk halang 4 lori bawa kayu getah di Kampung Serampang Indah ditahan polis

 

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, mereka yang ditahan berusia antara 40 hingga 60an, melibatkan 15 lelaki dan selebihnya wanita.

Menurutnya, polis menerima laporan daripada seorang pemandu lori berusia 30an yang mendakwa lorinya dihalang keluar oleh penduduk sekitar jam 12 tengah hari.

“Manakala tiga lagi rakannya yang merupakan pemandu lori berasingan juga dihalang oleh penduduk dalam kejadian sama.

“Susulan itu, sekumpulan polis diarah ke lokasi pada jam 1 tengah hari, dan kita menasihati penduduk terlibat supaya tidak meneruskan tindakan mereka namun malangnya tidak diendahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, di sini hari ini.

Noorzainy berkata , polis terpaksa mengambil masa kira-kira satu jam setengah bagi memberi peluang kepada penduduk terbabit supaya beredar sebelum mereka ditahan pada jam 3 petang semalam selepas gagal mengikut arahan.

“Mereka yang ditahan, direman selama tiga hari bermula hari ini (semalam) sehingga Sabtu dan kes disiasat mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Noorzainy menafikan pihaknya tidak telus dalam menjalankan siasatan berkaitan kes yang dilaporkan sebelum ini di kampung itu.

“Kita tidak selindung apa apa pun susulan kes yang dijalankan adalah mengikut prosedur dan undang-undang, malah setiap laporan akan disiasat tanpa melindungi mana – mana pihak.

“Apabila kita terima laporan, siasatan akan dibuat, kumpul segala bukti berkaitan sebelum diserah kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut sama ada perlu dituduh atau tidak,” katanya.
 

Sumber: Sinar



Sumber 28 penduduk halang 4 lori bawa kayu getah di Kampung Serampang Indah ditahan polis

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gNQT7m

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.