Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cari bayang 3/4 majoriti BN pada PRU-14 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cari bayang 3/4 majoriti BN pada PRU-14

TARIKH sebenar Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tetap menjadi teka-teki.

Ada yang kata tahun ini selepas pembentangan Bajet 2018 pada Oktober, ada yang kata tahun depan pada bulan Mac.

Apa-apapun, semuanya terasa semakin dekat, hari-hari juga berjalan dengan begitu pantas. Tarikh sebenar PRU ke-14 masih belum kita ketahui.

Sementara itu, elok kita ingatkan sedikit tentang PRU-14 dan PRU-13.

PRU ke-12 yang diadakan pada hari 8 Mac 2008 mencatatkan keputusan kehilangan 2/3 majoriti Barisan Nasional (BN) dan kubu kuat UMNO, Selangor jatuh ke tangan pembangkang.

Begitu juga negeri asal Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pulau Pinang dan negeri asal Tun Dr Mahathir Mohamad, Kedah turut menyaksikannya bertukar kerajaan.

BACA: Penjenamaan semula PH tidak gugat kekuatan UMNO - Syed Ali

BACA: Anggota UMNO perlu belajar daripada peristiwa 2008 - Mahdzir

Ia permulaan PKR, DAP dan PAS merasa kuasa pemerintahan negeri.

Akibatnya Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah, didesak untuk turun dari jawatan Perdana Menteri walaupun pada zaman PRU ke-11, beliau meraih kemenangan cemerlang.

Datuk Seri Najib Tun Razak pula dipilih menjadi Perdana Menteri pada waktu iklim politik UMNO ketika itu dalam keadaan yang begitu menyedihkan. Terimalah realitinya.

Pada 3 April 2009, Najib menjadi Perdana Menteri dan menggalas tugas itu sehingga 5 Mei 2013 iaitu hari pengundian bagi PRU ke-13.

Secara ringkasnya PRU ke-13 genap lima tahun selepas PRU ke-12 tetapi Najib hanya menjadi Perdana Menteri untuk empat tahun sahaja ketika itu.

Kita tidak mahu berbicara mengenai keperincian keputusan PRU ke-13.

Kita mahu berbicara mengenai apakah punca kecemerlangan kerja Najib sewaktu itu iaitu April 2009 sehingga Mei 2013, BN masih tidak mampu mendapat 2/3 majoriti dan tidak berupaya merampas semula Selangor yang Najib sendiri adalah ketua perhubungan ketika itu.

Perbincangan seterusnya juga tidak perlu dilibatkan isu kemelut dan ragam politik dalam negeri.

Paling penting, kita mahu menjelajah kecemerlangan Najib di peringkat antarabangsa ketika itu, apa yang beliau cipta dan apa yang umat Islam banggakan sehingga April 2013.

Najib di peringkat antarabangsa juga bukan calang-calang pemimpin. Beliau terlibat secara langsung dalam proses menyelamatkan umat Islam di Bosnia, 'orang kuat' dalam proses damai Selatan Filipina selain menjadi harapan baharu buat penduduk Palestin.

Najib juga merupakan 'cahaya' dalam krisis Selatan Thailand sehingga diiktiraf kerajaan itu sendiri selain berperanan di sebalik kisah Black Hawk Down.

Najib sendiri telah merintis jalan damai dalam banyak isu. Ambil sahaja contoh pada 22 Januari 2013, Najib adalah pemimpin bukan Arab yang pertama berkunjung ke Gaza dan menjadi penggerak proses perdamaian di sudut tertentu dunia.

BACA: Pakatan Harapan cetuskan lebih banyak kekeliruan - Salleh

BACA: Laporan Sarawak Report hanya berunsur fitnah - Salleh

Ia tidak perlu dihurai kerana rakyat negara ini yang dikenali dengan sikap rajin membaca pasti menggunakan telefon pintar mereka untuk mengetahui kisah sebenar di sebalik kehebatan Najib melalui kata kunci yang sudah diberi.

Rakyat Malaysia sendiri sudah dikenali suka mencari sumber maklumat politik daripada media alternatif seperti Facebook, Twitter, laman web, blog dan juga SMS berdasarkan analisis data keputusan PRU 2004, 2008 dan 2013 menunjukkan tsunami politik terutama di bandar berlaku disebabkan oleh faktor akses pengundi bandar kepada internet.

Cuma mahu mengingatkan, sebuah buku telah ditulis oleh Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Akmar Hisham pada 2013 bertajuk 'Najib Razak: Meniti Jalan Damai' harus dijadikan salah satu bahan rujukan pemimpin UMNO sendiri.

Bila berkempen, pemimpin bukan sekadar angkat tangan sebagai tanda sokong dan semangat.

Pemimpin harus mempunyai fakta bicara yang rapi yang mempamerkan ada membuat kerja rumah untuk memastikan fakta yang disampaikan dihadam dengan mudah oleh rakyat.

Namun, realitinya hari ini, hanya dengan sebab beberapa kemelut ciptaan pembangkang seberti isu 1MDB, rata-rata kita tertekan dan kalut dengan cerca dari orang luar negara.

Semua tuduhan pembangkang seolah-olah dengan begitu mudah dipercayai rakyat sedangkan pelbagai agensi serta pemimpin tertinggi negara sudah membuat penjelasan berfakta untuk menafikannya. Namun sayangnya segelintir seolah-olah tidak lagi mahu menerimanya.

Sedangkan Najib sendiri sudah melakukan apa yang di perjuangkan UMNO atas prinsip Islam dalam pentadbirannya.

Persoalannya mudah.

Apakah hujah kita pada ambang PRU-14 sedangkan kecemerlangan Najib pada pra-PRU-13 di peringkat antarabangsa juga tidak memberi impak yang besar pada keputusan PRU-13 sendiri?

Justeru, jentera dan bakal calon harus ambil iktibar tentang latar belakang ini.

Jika tidak, ia akan menjadi modal musuh politik masing-masing untuk menyediakan kubur UMNO lebih awal sebelum PRU-14.



* Wan Syamsul Amly merupakan wartawan kanan di Astro AWANI

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tlqEef

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.