Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pakatan Harapan Hanya Tahu Bercakap, Tapi Tiada Apa Yang Dilaksanakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pakatan Harapan Hanya Tahu Bercakap, Tapi Tiada Apa Yang Dilaksanakan



Semalam menyaksikan satu lagi bukti transformasi kerajaan terhadap pengangkutan awam negara. Ianya bertitik tolak dari perasmian MRT fasa kedua yang melengkapkan laluan sepanjang 51 kilometer dari Sungai Buloh ke Kajang yang akan menjimatkan kos, waktu dan jarak perjalanan untuk dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.

Namun begitu, disaat lebih sejuta orang rakyat Malaysia bakal menikmati kemudahan awam ini, di kalangan pembangkang, mereka begitu sibuk menghentam dan mempertikaikan projek MRT ini. Pelbagai dakwaan mereka lemparkan yang menggambarkan projek ini seperti satu projek sampah yang langsung tidak berguna buat rakyat Malaysia.

Apa yang menjadi persoalan ialah adakah mereka sendiri membuktikan segala pembangunan yang dijanjikan oleh mereka di dalam manifesto pilihan raya yang lalu berjaya di laksanakan dengan berkesan? Sebagai contoh, bagaimana Pakatan Harapan berjanji untuk mengatasi masalah air di Selangor.

Hari ini, jangan katakan untuk mengatasi masalah air, masalah sedia ada sudah semakin bertambah dan ada diantara mereka yang sukar untuk mendapat bekalan air bersih. Malah, laporan mengenai pencemaran sungai di Semenyih juga cukup membimbangkan sehingga memungkinkan masalah air ini tidak akan mungkin dapat diatasi sekiranya mereka masih kekal mentadbir Selangor.

Begitu juga dengan apa yang dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang. Antara jani utama Lim Guan Eng di Pulau Pinang adalah untuk memastikan insiden banjir kilat tidak berlaku di negeri berkenaan. Malah dia juga berjanji untuk melaksanakan pembangunan lebih seimbang di negeri berkenaan.

Namun, setelah hampir 9 tahun mentadbir Pulau Pinang, usah katakan pembangunan, hampir kesemua tanah negeri di lelong kepada pihak asing. Malah janji untuk membinan Jambatan Pulau Pinang ketiga dan memastikan projek terowong dasar laut juga hilang entah kemana.

Adakah ini sebuah kerajana yang mereka dakwa sebagai kerajaan terbaik? Jika janji dalam manifesto sendiri pun tidak dihormati, bayangkan apa akan terjadi kepada negara sekiranya mereka berjaya membentuk sebuah kerajaan kelak. Usah membahayakan masa depan negara demi satu janji yang mereka sendiri tidak mampu tepati.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tat5fr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.