Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dah Berani Cakap Rindu Tapi Masih Belum Bercinta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dah Berani Cakap Rindu Tapi Masih Belum Bercinta

Aktres jelita Fasha Sandha, 33, mengakui hubungan dia seorang lelaki yang dikaitkan sebelum ini memasuki fasa seterusnya apabila membabitkan soal rindu.

Memetik laporan mStar online, Fasha berkata, persabatannya dengan individu itu berjalan dengan baik dan kedua-dua mereka sudah mula meluahkan rasa berkenaan selain menganggap pemuda itu membuatkan hidupnya kini bahagia.

“Saya berkawan rapat tetapi belum ke arah bercinta cuma sekarang fasa hubungan itu dah berani cakap rindu.

“Tetapi apabila dia cakap rindu saya tidak terus balas, kenalah jual mahal sikit… hahaha.

“Hendak kata hati sudah dimiliki pun belum lagi cuma saya selesa berkawan dengannya,” kata Fasha.

Fasha berkata dia selesa berkawan dengan lelaki itu yang bermula hampir setahun lalu dan paling penting, dia dapat menerima anak-anaknya.

Sebelum ini Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 41 pada 27 April 2012.

Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada 20 Januari tahun lalu dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 4, dan Putri Raysha Jemaima, 3.

The post Dah Berani Cakap Rindu Tapi Masih Belum Bercinta appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vG7jkH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.