Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hadiah Jika Berjaya Datang Awal Ke Pejabat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hadiah Jika Berjaya Datang Awal Ke Pejabat



JAKARTA – Datuk Bandar Magelang, Sigit Widyinindito menghadiahkan barangan elektrik kepada pegawai kerajaan yang datang paling awal ke pejabat pada hari pertama bekerja selepas bercuti panjang Aidilfitri.

Sigit memberitahu, hadiah itu sebagai penghargaan dan motivasi kepada kakitangan kerajaan tempatan Indonesia tersebut supaya sentiasa berdisiplin.

Hadiah seperti penyaman udara, peti sejuk dan televisyen LED diberikan kepada tujuh kakitangan yang paling awal datang ke pejabat Isnin lalu, hari pertama bekerja selepas bercuti selama 10 hari.

Tradisi memberi hadiah itu sudah menjadi amalan Sigit sejak dia dipilih menjadi datuk bandar lima tahun lalu.

“Hadiah ini saya beli menggunakan wang sendiri bukannya dana daripada kerajaan.

“Pegawai kerajaan perlu datang awal ke pejabat bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai,” katanya.

Pegawai kerajaan, Bagus Samudra menerima hadiah utama iaitu peti sejuk kerana menjadi kakitangan yang paling awal datang ke pejabat.

Bagus berkata, dia masuk ke pejabat jam 5.20 pagi waktu tempatan (6.20 pagi waktu Malaysia) untuk membuat surat cuti pegawai yang tidak dapat hadir bertugas pada hari itu. – Agensi/myMetro Online


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uMNw2D

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.