Harga Petrol Lebih Liberal Masa Akan Datang
KUALA LUMPUR: Harga petrol mungkin akan menjadi lebih liberal lagi pada masa akan datang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Beliau berkata sebuah aplikasi akan dibangunkan bila tiba masanya untuk memberitahu pengguna harga petrol di pam minyak yang berbeza.
“Pada masa ini, banyak stesen minyak telah mula memaparkan harga petrol seliter yang berubah setiap minggu. Itu usaha mereka semua yang patut dipuji pada masa ini, “ kata Hamzah ketika Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri kementerian itu di sini hari ini.
Aplikasi yang akan dibangunkan itu bakal membantu syarikat minyak, stesen petrol dan pengguna untuk berinteraksi sesama mereka bagi mencari harga petrol yang berpatutan di negara ini.
Pada masa ini, kerajaan mengumumkan harga petrol dan diesel mingguan setiap Rabu yang berkuatkuasa selepas tengah malam dan mekanisme itu memberikan pengguna menikmati harga jualan bahan api yang lebih stabil berbanding harga bulanan.
Hamzah juga berkata kementerian itu akan mengadakan lagi perbincangan dengan peniaga petrol pada minggu hadapan sebelum memuktamadkan satu mekanisme harga petrol yang baharu. – BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2th3zHP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment