Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenali 5 batu Mistik di Sarawak. Nombor 4 Tu Agak Menyerlah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenali 5 batu Mistik di Sarawak. Nombor 4 Tu Agak Menyerlah

Jom Kenali 5 batu Mistik di Sarawak Yang Pastinya Mempunyai Cerita Tersendiri.


1. Batu Lelengau Sungai Gaat Kapit.

Kenali 5 batu Mistik di Sarawak
Batu Lelengau 

Jika di alih bahasakan ia dipanggil batu 'merindu' atau ' merindui'. Anda akan dapat saksikan batu ini ketika anda menyusuri Sungai Rajang kemudian masuk Sungai Gaat. Khabarnya, mengikut kisah nenek moyang, apabila seseorang melimpas batu ini akan terasa akan keseronokan untuk pergi kali kedua ke tempat atau rumah panjang berhampiran. Sebab itu dia dipanggil oleh penduduk tempatan batu 'merindui'.

2. Batu Katak Jalan Sibu-Bintulu.

Kenali 5 batu Mistik di Sarawak
Batu Katak/Batu Raong

Apabila anda pergi dari Sibu ke Bintulu, pastinya anda akan terserempak dengan batu katak ini. Dalam bahasa tempatan ia dikenali sebagai 'Batu Raong'. Kenapa ia dikatakan batu katak/raong? Kerana ia menyerupai katak yang sedang duduk.

Jika diperhatikan betul-betul, terdapat banyak tulisan menggunakan pelbagai warna spray disitu terutamanya nombor. Pihak berkuasa telah cuba untuk memecahkan batu tersebut dengan buldozer, dinamit tetapi tidak berjaya. Malah pekerja juga turut diganggu makhluk halus semasa proses memecahan batu katak tersebut.

3. Batu Gong Katibas, Song.

Kenali 5 batu Mistik di Sarawak
Batu Gong/ Batu Tawak

Batu yang menyerupai gong yang teletak di hulu Sungai Katibas yang mengambil masa lebih kurang enam jam perjalanan menggunakan perahu panjang. Dengan tempatnya yang agak terpencil di hulu sungai tidak hairanlah kenapa batu ini jarang dikenali. Hanya dikenali melalui facebook dan internet sahaja. Dahulu batu ini dikenali sebagai 'batu tawak' dalam bahasa Iban. Namun, dengan kehadiran pelbagai bangsa yang ingin melihat batu tersebut, jadi namanya bertukar dengan 'batu gong'.

Menurut penduduk tempatan, mitos nya ialah, batu gong ini didiami oleh 'remaong'. Siapa remaong?. Remaong ini ialah mitos yang mendiami dunia lain. Badannya berbentuk harimau dan manusia.

4. Batu Nabau, Sungai Bukong, Engkelili.

Kenali 5 batu Mistik di Sarawak
Batu Nabau

Batu Nabau jika dialihbahasakan kepada bahasa Iban ialah 'Batu Ular atau Ular Nabau' iaitu sejenis ular mitos yang mempunyai sais yang amat luar biasa. Menurut mitos, ular nabau ini amat jarang dilihat, hanya segelintir mereka yang bernasib baik boleh melihatnya.

Selalu muncul di sungai. Ini cerita yang berkaitan dengan 'Nabau'. Admin permah mendengar kisah seorang penduduk kampung admin melihat ular nabau ini di waktu senja semasa beliau balik daripada menjala ikan di Sungai Gaat. Mulanya air berbuih sebesar paha orang dewasa di sebuah lubuk yang besarnya lebih kurang setengah padang bolas sepak.

Lepas itu dalam keadaan yang samar-samar terbentuk kabus yang datang secara tiba-tiba menghalang pandangan ke atas. Apa yang beliau ceritakan ialah beliau hanya melihat jarak dari air ke atas sepanjang lebih kurang 3-4 meter. Masa itulah beliau melihat ular yang saisnya sangat besar iaitu lebih besar daripada tong drum dan berwarna merah kuning. Manakala, sebelah atas hanya diselaputi oleh kabus tebal. Kurang daripada seminit, ular tersebut hilang begitu sahaja.

5. Batu Rusa.

Kenali 5 batu Mistik di Sarawak
Batu Rusa Dilingkari Ular

Batu Rusa ini agak berbeza sedikit. Batu ini admin sendiri yang jumpa di bahagian usus besar rusa jantan. Batu yang agak ringan itu mempunyai sais sebesar lutut orang dewasa dan apa yang menambahkan peliknya ialah, batu tersebut dilingkari ular.

Jika diletakkan didalam air, ia timbul. Tidak mempunyai sebarang bau. Batu rusa ini pernah ditawarkan oleh seorang guru dengan harga RM10,000.

✍ Sumber Pautan : ☕ denaiborneo

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tsmkqc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.