Kini, Anda Bolehkan Lawat Stesen Angkasa Antarabangsa Melalui Street View
Google Street View sedia meliputi majoriti jalan raya utama seluruh Malaysia, selain turut memudahkan anda melawat sejumlah lokasi menarik seluruh dunia. Kini, bukan sahaja di darat, pihak Google kini turut membolehkan anda melawat dan melihat Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) terus melalui kaca monitor anda tanpa perlu keluar rumah.
Penambahan terbaru pada Google Street Views ini membolehkan anda melawat lokasi dimana para angksawan tidur, beroperasi, bersenam, menyimpan makanan dan sebagainya. Stesen Angkasa Antarabangsa ini diliputi oleh 15 modul berhubung, dan pengguna boleh melawat ia dalam bentuk paparan 360-darjah terus pada Google Street View.
Untuk menjayakan perkara ini sendiri, Google telah bekerjasama dengan beberapa pihak termasuk NASA untuk mengumpulkan rakaman gambar menggunakan kamera DSLR khusus.
Bagi anda yang berminat, anda boleh melawat Stesen Angkasa Antarabangsa ini melalui Google Street View hari ini pada desktop ataupun pada telefon pintar.
Lawat : Stesen Angkasa Antarabangsa
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tiVdxj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment