'Misteri' Kucing Dalam Dinding
KUALA LUMPUR: Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur bingung bagaimanapun seekor kucing boleh terperangkap di dalam dinding plaster sebuah pusat beli-belah.
Dalam kejadian jam 4.40 petang semalam, seorang pekerja butik pakaian di Setapak di sini, terdengar bunyi anak kucing, namun tidak pasti lokasinya mengiau.
Difahamkan, pekerja terbabit kemudian mencari lokasi anak kucing itu berada sebelum mendapati ia datang dari sebalik dinding bilik menukar pakaian.
Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, seramai empat anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, anggota APM terpaksa memotong dinding plaster itu untuk memudahkan usaha mencari dan menyelamatkan anak kucing itu.
“Seorang anggota APM kemudian memasuki ruang belakang dinding itu dan mengambil anak kucing terbabit,” katanya.
Dia berkata, persoalan bagaimana anak kucing itu boleh berada di sebalik dinding masih menjadi misteri berikutan tiada lubang atau sebarang ruang.- Harian Metro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uMMAem
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment