Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ombak besar hantar syiling kerajaan lama berusia 125 tahun, barang kemas dan barang antik ke Pantai Mengabang Telipot - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ombak besar hantar syiling kerajaan lama berusia 125 tahun, barang kemas dan barang antik ke Pantai Mengabang Telipot

Kuala Nerus: Pantai Mengabang Telipot, di sini, layak digelar ‘pantai seribu rezeki’ kerana bukan saja menjadi landasan untuk nelayan membawa pulang hasil laut yang segar, malah ia juga menyimpan pelbagai artifak sejarah berharga.

 

Ombak besar hantar syiling kerajaan lama berusia 125 tahun, barang kemas dan barang antik ke Pantai Mengabang Telipot

Ombak besar hantar syiling kerajaan lama berusia 125 tahun, barang kemas dan barang antik ke Pantai Mengabang Telipot

 

 

Ini berikutan penemuan syiling kerajaan lama Terengganu berusia 125 tahun, emas, barang kemas dan pelbagai barangan antik lain di pantai berkenaan oleh penduduk terutama setiap kali fenomena ombak besar melanda kawasan itu.

Penduduk, Azmi Muda, 49, dari Kampung Kolam berkata, dia mengumpul 10 kilogram syiling termasuk digunakan kerajaan Terengganu lama sejak lebih setahun lalu.

“Memang banyak syiling ditemui termasuk yang digunakan di zaman kerajaan Terengganu lama bertarikh 1310 Hijrah atau tahun masihi 1892 yang saya jumpa dalam timbunan pasir.

 

“Selain itu, ada juga syiling zaman British yang bertarikh 1917 hingga 1950-an,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Menurutnya, dia pernah ditawarkan ribuan ringgit oleh seorang warga Amerika Syarikat yang ingin membeli syiling lamanya itu.

“Saya menolaknya kerana belum mahu menjualnya, namun jika ditawarkan harga lebih tinggi, mungkin saya mempertimbangkan.

“Tak kurang lima orang pengumpul barang antik yang lihat syiling itu mengesahkan keasliannya dan ia diperbuat daripada timah serta bernilai tinggi selain sukar ditemui,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kampung Kolam, Noradira Kudin berkata, penemuan pelbagai barangan antik dan berharga di pantai berkenaan membuktikan kawasan perkampungannya dulu pernah menjadi pusat perniagaan penting di negeri ini.

Sumber: Metro



Sumber Ombak besar hantar syiling kerajaan lama berusia 125 tahun, barang kemas dan barang antik ke Pantai Mengabang Telipot

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tjtrR0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.