“Parkir apa macam ni?” – Netizen selar pemaju
NETIZEN di laman sosial kesal dengan sikap pemaju kedai dua tingkat di pekan Senggarang Batu Pahat Johor apabila didakwa bersikap tidak acuh mengenai ruang parkir dan laluan kenderaan di kawasan itu.
Gambar kawasan parkir di kedai berkenaan tular di laman sosial sejak kelmarin selepas ia kelihatan pelik dengan tiadaan ruang secukupnya untuk keluar masuk kenderaan ke kawasan itu.
Ketua Whip Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) Zaidi Japar berkata, bangunan kedai berkenaan masih belum diperiksa Jabatan Kejuruteraan MPBP dan sekiranya masih kekal seperti itu, bangunan itu dikhuatiri tidak mendapat kelulusan pihak berkenaan.
“Dalam kes ini, bangunan berkenaan masih dalam proses pembinaan dan belum siap sepenuhnya untuk digunakan.
“Sehingga semalam bangunan kedai terbabit masih belum mendapat kelulusan daripada pihak MPBP dan masih belum selesai melakukan pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sumber: Harian Metro
Sumber “Parkir apa macam ni?” – Netizen selar pemaju
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ueDJDw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment