Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perbincangan Pindaan Akta Perubatan Dalam Masa Terdekat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perbincangan Pindaan Akta Perubatan Dalam Masa Terdekat


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan mengadakan pertemuan dengan pihak Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat berhubung pindaan terhadap Akta Perubatan 1971, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

"Ketika ini perbincangan berhubung pindaan itu akan dibuat pada peringkat pentadbiran Kementerian Kesihatan terlebih dulu sebelum dibawa kepada Peguam Negara sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Blok Obstetrik dan Neonatalogi Hospital Putrajaya di sini, hari ini.

Beliau mengulas keputusan Kabinet semalam yang mahu Akta Perubatan 1971 dipinda untuk mewajibkan perkhidmatan pegawai perubatan dua tahun selepas tamat 'housemanship' dan memasukkan syarat kelulusan Bahasa Melayu (BM) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Subramaniam juga berkata, isu 23 Pegawai Perubatan Gred UD41 yang ketika ini tidak mempunyai kelulusan BM peringkat SPM dijangka dapat diselesaikan dalam jangka masa setahun kerana mereka boleh mengambil peperiksaan subjek BM secara tunggal bermula November ini. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sIPFjd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.